Gambar: http://www.manutd.com
Alamak terkandas pula kecemerlangan United malam tadi. Setelah 5 kemenangan berturut-turut, akhirnya malam tadi United sekadar seri 1-1 dengan Stoke. Yang lagi kecewa, sebab team-team 'jahat' menang malam tadi. Arsenal, Liverpool, Chelsea dan City berjaya menewaskan lawan masing-masing. Inilah yang dinamakan bola itu bulat. Dan memang United dah jangkakan akan sampai masa ini, so, terimalah sahaja keputusan malam tadi dengan hati terbuka.
United malam tadi bermula dengan beberapa perubahan kesebelasan utama. Rooney tak dapat main, tapi tidak diketahui sebabnya. Maka, Berbatov menggantikan Rooney dibarisan serangan. Barisan tengah masih dikemudikan oleh Fletcher, Anderson, Nani dan Young. Barisan belakang pula mendapat berita buruk sebab Evans mengalami kecederaan semasa memanas badan. Maka, Jones masuk bermain pertahanan tengah bersama cergasnya semua Ferdinand. Manakala, sebelah kanan dikendalikan oleh Velencia. Kiri pula ketua pasukan United, Evra.
Perlawanan malam tadi, United kurang mempunyai kelicinan dalam pergerakan sepasukan mereka. United gagal dalam hantaran bola tinggi. United juga kerap kali gagal dalam hantaran bola dekat. Nampaknya gandingan Anderson dan Fletcher kurang menyerlah. Anderson sendiri banyak melakukan kesilapan hantaran. Young yang sebelum ini cukup menyerlah juga gagal mempamerkan aksi mantap. Manakala, Nani penjaring gol tunggal malam tadi pun sedikit tenggelam terutama di babak kedua.
United dikejutkan jaringan penyamaan oleh Peter Crouch dan jika tidak kerana beberapa gawang United diselamatkan oleh De Gea, mungkin United telah tewas. De Gea sendiri perlu banyak lagi belajar kerana beliau nampak sangat 'clueless' apabila bola dilintang ketengah pintu gol United. Sepatutnya gol Peter Crouch boleh ditumbuk De Gea.
Akhirnya, United sekadar berpuas hati kerana seri 1-1 dengan Stoke.
http://www.dailymotion.com/video/xladiz_footyroom-com-sto-manu_animals#from=embediframe
Keputusan lain:
Manchester City 2 - 0 Everton
Arsenal 3 - 0 Bolton Wanderers
Chelsea 4 - 1 Swansea City
Liverpool 2 - 1 Wolverhampton Wanderers
Newcastle United 3 - 1 Blackburn Rovers
West Bromwich Albion 0 - 0 Fulham
Wigan Athletic 1 - 2 Tottenham Hotspur
Stoke City 1 - 1 Manchester United
0 comments:
Post a Comment