Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Friday, September 2, 2011

5 Aplikasi Windows untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi komputer anda

1. AVG Anti-Virus Free

Sepanjang 3 tahun menggunakan antivirus ini, saya tidak mengalama sebarang masalah dengan komputer saya. Terkini antivirus ini adalah aplikasi paling popular dimuat turun di download.com. [Muat turun percuma]

2. Panda Cloud Antivirus

Saya tidak pernah menggunakan antivirus ini tetapi adalah pilihan penulis blog Liewfc. Mengikut penulis tersebut antivirus ini sangat 'ringan' dan senang digunakan.Seterusnya ianya menggunakan 'cloud database' bagi mengesan virus. [Muat turun percuma]

3. Malwarebytes Anti-Malware Free

Mengikut blog Liewfc, terdapat 100 million muat turun seluruh dunia untuk aplikasi ini. Dalam ruangan siber yang tidak mengenal erti kasihan kepada penggunanya yang lalai, maka akan ada sahaja penggodam memasang 'worms', 'trojans', 'root kits', 'rogues', 'dialers', 'spyware' dan pelbagai lagi aplikasi untuk menggodam komputer atau mencuri secara dalam talian. Pemasangan anti-malware ini akan dapat serba sedikit menghindar kita daripada di rompak secara dalam talian. [Muat turun percuma]

4. Advanced SystemCare Free

Satu lagi aplikasi dalam meningkatkan prestasi komputer kita oleh blog Liewfc. Perkakasan semua-dalam-satu membantu menghindar, membersih dan mengoptimumkan komputer kita. [Muat turun percuma]

5. CCleaner

Manakala aplikasi ini biasa saya gunakan dikesemua komputer saya dan keluarga. Sangat penting kerana selepas menjalankan aplikasi ini dutambah dengan men'diafrag' komputer, maka respond komputer menjadi bertambah pantas. Ini kerana aplikasi ini akan membuang fail yang tidak digunkanan dan membersihkan kesan aktiviti online kita. Boleh juga membersihkan registri membuang item yang lama atau yang tidak lagi digunakan. Selain itu boleh juga mengemaskini ;windows startup' kita. Buang mana-mana aplikasi yang melambatkan permulaan komputer kita. [Muat turun percuma]


Dipetik daripada: http://www.liewcf.com/5-freeware-windows-security-performance-7399/

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More