BANGI , 20 sept.
VSP mengalami masalah pungutan sampah yang kronik. Banyak sampah yang bertaburan di luar tong sampah termasuk sampah-sampah seperti tilam, katil, almari, sofa, mangkuk tandas dan sbg. Setelah mengadu kepada pihak-pihak yang berkaitan, maka tindakan pembersihan telah pun diambil oleh pihak kontraktor Alam Flora pada minggu lepas.
Malangnya, pada minggu ini nampak nya masalah tersebut membiak lagi. Pada pagi ini, pihak keselamatan VSP telah cuba menegur seorang penduduk BSP (katanya AJK dari Putra ...... yang menaiki kereta Gen2 kelabu ber plat WSM xxxx) yang telah membuang laci-laci kayu ke dalam tong sampah tersebut. Malangnya dia yang terlibat ini telah cuba bertindak agresif ke atas pengawal keselamatan VSP kerana tidak puas hati di tegur.
Untuk makluman semua warga BSP, tong sampah besar yang di sediakan diluar rumah sampah VSP adalah bertujuan untuk pengumpulan sampah Domestik VSP sahaja. Ianya bukan untuk sampah pukal dan bukannya untuk kegunaan Awam. Jika ada sampah pukal di dalam tong tersebut, pihak kontraktor akan mengasingkan sampah tersebut di luar dan tidak akan dikutip.
Harap kerjasama dari semua warga BSP untuk menghormati jiran masing-masing di dalam menjaga kebersihan kawasan kita.
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6878.msg80391#msg80391
0 comments:
Post a Comment