Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Mutiara Kata

Mutiara Kata 1

Mutiara Kata

Mutiara Kata 2

Mutiara Kata

Mutiara Kata 3

Mutiara Kata

Mutiara Kata 4

Motivasi Alihan Pelajar 2011

Objektif: (1)Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang. (2)Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. (3)Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Blog SK Bandar Seri Putra

Blog sekolah anak-anak SK Bandar Seri Putra

Setiap manusia akan mati

Menghadiri majlis pengebumian pakcik Dahlan

i-City, Shah Alam

Pengalaman menjejakkan kaki ke i-City, Shah Alam. Rumah sejuk dan pokok tiruan berlampu menjadi tarikan

Blog Surau Al-Hijrah

Blog Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.

Pesta Belon Udara Panas 2011

Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya. Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya. Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.

NASI MENDY DI RESTORAN PAK HJ HAMID

Istimewa Hari Jumaat: Nasi mendy, dihidangkan dengan dalca dan salsa. Pilihan lauk ayam kabsah atau kambing kabsah. Dah mencuba nasi ni. Elok untuk 3-4 orang makan. Sedap dan harap dikekalkan rasa dan kuantitinya.

Tuesday, February 23, 2010

Bola: SP5+D'Sentral vs Staff UKM (Tewas 2-3)

Oleh Khai@BSP


Gambar: Barisan pemain SP5 dan D'Sentral


Gambar: Aksi memanas badan


Gambar: Penyerang utama

Seri Putra, Ahad 21 Feb 2010. Pasukan veteran SP5 dan D'Sentral (SP5D) telah bergabung menentang pasukan Staff UKM. Bagaimanapun pasukan kita tewas 2-3 kepada Staff UKM.

Pasukan Staff UKM dilihat sejak mula dilihat mempunyai kelebihan kerana memiliki pemain yang masih muda berbanding pasukan SP5D. Bagaimanapun pasukan SP5D mempunyai ramai pemain yang boleh bertukar (keluar-masuk) dalam masa yang singkat. Dianggarkan pasukan SP5D mempunyai 4 pasukan lengkap yang boleh bertukar setiap 10 minit.

Dan seperti dijangkakan, pasukan UKM terlebih dahulu mendahului dan mengawal permainan. Separuh masa pertama menampakkan permainan berat sebelah dengan kebanyakan serangan dilakukan oleh pasukan UKM. Penyokong SP5D juga nampaknya seperti telah pasarah dan seakan-akan menerima takdir yang pasukan SP5D akan tewas dengan jaringan yang besar.

Walaupun pasukan SP5D cuba sedaya upaya untuk bangkit dengan membuat pertukaran hampir keseluruahan pemain sebelum separuh masa pertama, bagaimanapun UKM mendahului dengan jaringan 2-0 apabila wisel separuh masa dibunyikan.


Gambar: Gol pertama Staff UKM


Gambar: Beberapa saat sebelum bola menerjah masuk untuk gol kedua Staff UKM


Gambar: Pemain simpanan memanaskan badan

Separuh masa kedua dimulakan dengan pertukaran keseluruhan pemain termasuk penjaga gol oleh pasukan SP5D. Pertukaran membuahkan hasil dengan kawalan bole yang lebih kemas oleh pemain pasukan SP5D. Hasilnya dua jaringan dirakamkan oleh SP5D. Di saat-saat, keputusan seri mungkin menjadi titik nokhtah perlawanan ini, pasukan UKM mengubah keputusan dengan jaringan ketiga mereka. SP5D masih cuba melancarkan serangan, tetapi gagal sehingga wisel penamat. SP5D tewas kepada Staff UKM 2-3.

Wednesday, February 10, 2010

Surau Seksyen 6 dalam pembuatan dan derma anda diperlukan.

Sekadar menyebarkan makluman daripada rakan kita di Seksyen 6, Bukit Mahkota. Mereka dalam perancangan untuk membesarkan surau sedia ada dan memohon sumbangan daripada sesiapa sahaja. Sumbangan boleh dihulurkan kepada:

Bolehlah bank in ke akaun CIMB Islamic 05080000029107

Kalau cek boleh buat atas nama: DANA PEMBINAAN SURAU AL-BUHAIRAH.

Untuk pertanyaan boleh contact :

Hj Halim    013-2651223
Hj Azarin   019-2247300
En Ikhwan 019-2619183
En Mazuki  012-3090612

-Khair@BSP

Sumber : http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5.msg35980#msg35980
===============================================================
Salam,

Ringkasnya, memandangkan pertambahan jemaah yg seiring dengan pertambahan penduduk, surau kita nak dibesarkan. Skrg ni pun kdg2 time isyak tu agak penuh, apatah lagi masa bulan puasa. So, nak tambah wing kat sebelah kiri(sebelah pintu utama). Kat whiteboard surau ada pelannya. So perlu dalam RM200K. Kat seksyen 6 ada 2000 buah rumah. So, klu satu rumah boleh sumbang RM100, insyaAllah kita boleh sama2 jayakan.  Kalau boleh bagi lebih, lagi bagus. Kalau tak mampu 100 pun, boleh bagi seikhlas mungkin. Atau bagi secara installment. Smiley) 50 sebulan ke, 20 sebulan ke. Ikutlah...

Saham akhirat. Selagi org gunakan surau ni utk buat amal ibadat/kebaikan kita akan dapat sahamnya. Bila kita dah matipun, insyaAllah pahala tu akan berterusan.

So, sama2lah kita menyumbang dgn ikhlas.

Bolehlah bank in ke nombor akaun kat atas. CIMB Islamic 05080000029107

Klu cek boleh buat atas nama: DANA PEMBINAAN SURAU AL-BUHAIRAH.

Untuk pertanyaan boleh contact :

Hj Halim    013-2651223
Hj Azarin   019-2247300
En Ikhwan 019-2619183
En Mazuki  012-3090612
atau mana2 AJK.

Semoga membantu

Wassalam..

Friday, February 5, 2010

Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP


Diumumkan bahawa derma untuk Tabung Pembinaan Masjid Al Mustaqim, Bandar Seri Putra kini boleh disalurkan ke dalam 3 akaun seperti tertera di bawah:

* Maybank Islamic : 5628 3450 4024 *
-
- CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08 -
~  Bank Islam : 1202 9010 0595 85  ~

Bersama-samalah kita melabur untuk mendapat saham di akhirat nanti, InsyaAllah.

Oleh: Khai@BSP

Jemputan BBQ Forum Putra-Mahkota.com

Oleh Khair@BSP

Bagi penduduk Bandar Seri Putra (BSP), Bukit Mahkota(BM) dan Taman Impian Putra(TIP) (serta kawasan sekitarnya), forum Putra-Mahkota.com (PMC) adalah tempat lepak siber yang biasa dikunjungi. Di forum ini, banyak informasi terkini diperolehi sama ada berkaitan aktiviti setempat, maklumat keselamatan, pengiklanan dan sebagainya dapat diakses oleh pengguna.

Forum PMC juga telah dikategorikan mengikut kawasan taman di BSP, BM dan TIP. Setiap taman boleh bertukar-tukar pendapat melalui kategori taman mereka sendiri. Manakala, maklumat dan perbincangan yang lebih am juga boleh diikuti dalam forum tertentu seperti kategori politik, iklan dan sebagainya.

Antara topik yang hangat dibincangkan adalah masalah sekolah anak-anak, kemudahan awam dan politik semasa. Ini menyebabkan isu-isu di PMC hangat dan dikunjungi ramai.

Sehingga hari ini, jumlah forumer berdaftar adalah seramai 1864 dan ditambah dengan jumlah pelawat, PMC pernah mencecah 5731 pengguna pada 26-01-2010, 13:21:55.

Sempena setahun lebih kewujudan PMC (Mei 2008), warga PMC akan mengadakan "BBQ @ PMC FORUMER" pada tarikh yang belum ditetapkan lagi tetapi mungkin dalam bulan Mei atau April. Semua forumer PMC dijemput sama untuk memeriahkan suasana. Bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi setiap keluarga dan sebarang sumbangan dalam apa sahaja bentuk amatlah dialu-alukan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi seperti dibawah.

=====================================

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3372.msg35231#msg35231

salam...

nampaknya makin ramai yg memberi sokongan terhadap program ini.

Dengan segala hormatnya, kawan mewakili rakan-rakan ingin mengundang semua moderator PMC untuk turut serta dalam program BBQ@PMC FORUMER. Selain itu, kawan juga berbesar hati sekiranya semua tuan moderator dapat menyumbang idea dan cadangan untuk program ini. Jika ada apa-apa yang boleh dikongsikan bukan untuk tatapan umum boleh PM kawan secara peribadi....

Untuk kepada yang telah berdaftar....

Buat masa ini cadangan Yuran penyertaan adalah RM 20.00 ....jika ada yang berniat untuk menyumbang lebih adalah sangat-sangat dialu-alukan..

Menu Utama

Nasi Goreng Cina
Kambing Bakar
Kepak Ayam
Air Oren
Teh Tarik

(Bergantung pada kutipan)

kalau ada nak sponsor lagi cantek...

Untuk urusan pembayaran ....bank-in ke CIMB Curent Account 04 1600 0036 8057 MAMAT ENDUT (Pinjam account pengerusi persatuan penduduk sek 5)

Lepas bank-in SMS nama & no transaksi....ke O12-3919853 (Hanya untuk urusan BBQ sahaja) Grin Grin

pertanyaan dan cadangan bincang dalam thread ni..

terima kasih .

====================================================

Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SRABSP

Oleh Khai@BSP


Bandar Seri Putra 30 Jan. - Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP) buat julung kali telah mengadakan mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) buat kali pertamanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada dua ratus orang ibu dan bapa. Majlis yang sepatutnya dirasmikan of ADUN Bangi YB Dr. Hj. Shafie Abu Bakar telah dimulakan sedikit lewat dari yang dirancangkan.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi telah dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat sekolah kepada ibubapa. Semasa taklimat tersebut, Guru Besar Ustaz Khairul Amri Jamian (Ustaz Khairul) telah memaklumkan bahawa sekolah walaupun secara fizikalnya dibawah daerah Hulu Langat, bagaimanapun dari segi pentadbiran pendidikan diletakkan dibawan daerah Sepang. Ini menurutnya untuk memudahkan urusan sekolah kerana daerah Hulu Langat sendiri mempunyai terlalu banyak sekolah bawah pentadbirannya. Menurutnya lagi jumlah semasa murid SRABSP adalah seramai 1085 orang dengan 34 orang guru untuk kedua-dua sesi pagi dan petang.


Gambar: Guru Besar SRABSP Ustaz Khairul Amri

Merurutnya lagi, pada hari pertama sekolah, guru tetap sekolah tidak dapat hadir dalam masanya menyebabkan beberapa pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) (jurusan pendidikan) telah dipanggil untuk menggantikan guru-guru tersebut. Bagaimanapun, masalah timbul apabila ibubapa yang cuba mendapatkan maklumat tentang sekolah gagal dijawab oleh guru-guru ganti dari KUIS ini. Masalah ini selesai dengan kehadiran guru-guru tetap sekolah.

Menyentuh mengenai kewangan sekolah, Ustaz Khairul dengan tegas menyatakan itu adalah antara masalah utama sekolah agama secara amnya. Ini kerana tiada perutukan khas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Semua kewangan sekolah adalah diperolehi daripada kutipan yuran pelajar. Maka sekolah amat berbesar hati jika ada sebarang sumbangan tambahan dapat dibuat kepada sekolah secara berkala agar pihak pengurusan dapat memberikan apa yang terbaik buat anak-anak SRABSP.

Pemilihan jawatankuasa agak perlahan kerana ibubapa tidak mengenali satu sama lain yang menyebabkan mesnyauat ditangguhkan untuk sesi jamuan ringan. Apabila disambung kembali, 10 ibubapa telah dipilih untuk memegang jawatan dalam PIBG yang diketuai oleh En. Lokman Bin Md Sarip.

Berikut senarai jawatankuasa PIBG SRABSP Sesi 2010/2011:


Gambar: YDP PIBG SRABSP En Loqman Md Sarip

Penasihat: Ustaz Khairul Amri Bin Jamian

YDP: En Lokman Bin Md Sarip

Naib YDP: En Iqbal Bin Ismail

Setiausaha: En Mohd Hafeez Bin Aziz

Bendahari: Cik Noraliza Binti Mohd Zomin

AJK:
1. En. Safri Bin Said
2. En. Azizuddin Bin Zailan
3. En. Mohd Najib Bin Md Sariff
4. En. Badrul Shah
5. Cik Norziah Binti Othman
6. Cik Mariah Binti Mohd Saleh
7. Cik Salmah Binti Pa'wan
8. Cik Zamnura Binti Mat Desar


Sesi terakhir adalah pembentangan usul. SRABSP telah membuat kompilasi dan mengkategorikan usul dan cadangan ibubapa yang dibuat secara bertulis sebelum mesyuarat. Kebanyakannya telah dipersetujui untuk dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa antaranya pengurusan trafik dihadapan sekolah, masalah kebersihan, melewatkan masa permulaan sekolah, kolaborasi dengan PIBG SKBSP dan lain-lain lagi.



Selain itu, yuran PIBG juga hebat diperbahaskan dan akhirnya ketetapan telah diperolehi dengan yuran tahunan sebanyak RM50 setahun untuk setiap anak bagaimanapun untuk yang mempunyai lebih daripada 2 orang anak, ianya ditetapkan sebanyak RM100 (2 x RM50).

Mesyuarat ditangguhkan oleh YDP beberapa minit sebelum pukul 1.00 tengahari.

SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral

Oleh:Khai@BSP

BSP: Pasukan bolasepak SP5 (atas 30 tahun) semalam telah melakukan kejutan dengan mengalahkan D'Sentral dengan jaringan 2-1 semalam. Hasil jaringan Atiq dan Hafiz kedua-duanya hasih jaringan jarak jauh telah membolehkan SP5 membalas dendam kekalahan perlawanan sebelum ini 1-7 kepada pasukan yang sama.

Perlawanan kali ini nampak lebih tersusun dengan adanya garisan padang perminan dan kehadiran pengadil professional. Garisan padang telah dibuat bersama-sama sehari sebelum perlawanan. Ini membolehkan kedua-dua pasukan bermain lebih semangat daripada perlawanan sebelum ini.

Permainan dibahagi kepada 3 suku masa. Pada suku masa pertama dengan kehadiran pemain yang hanya mencukupi telah melihatkan perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan cuba mengawal permainan. Bagaimanapun SP5 berjaya mendahului melalui jaringan jarak jauh Atiq. Setelah mengatasi beberapa pemain pertahanan, Atiq telah membuat jaringan dari luar petak penalti. Bagaimanapun pasukan D'Sentral berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit selepas itu hasil tendangan jauh juga. Bagaimanapun akibat padang yang tidak rata, bola tersebut telah melantun melepasi penjaga gawang SP5.

Keputusan seri itu terus berpanjangan dalam suku kedua. Bagaimanapun jaringan Hafiz pada suku ketiga daripada luar petak penalti meletakkan SP5 mendahului 2-1. Sepakan Hafiz menerjah masuk di bucu sebelah kanan gol pasukan D'Sentral yang boleh dicalonkan sebagai "gol of the year". Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Tahniah SP5.


Wednesday, February 3, 2010

K9 Web Protection

If you're like most of us, parenting in the age of the Internet has you facing a new set of challenges. Blue Coat is committed to helping you and all communities through this 'First Generation of Internet Parenting'.

K9 Web Protection is our free Internet filtering and control solution for the home. K9 puts YOU in control of the Internet so you can protect your kids.

http://www1.k9webprotection.com/

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More