Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Wednesday, March 30, 2011

Bijak: Wang Zakat guna untuk sumbangan pembinaan surau atau masjid.

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/58389_10150253612755176_329327610175_14632727_1484220_n.jpg
Gambar Hiasan

Saya menerima e-mail daripada salah seorang warga BSP berkaitan zakat. Beliau maklumkan yang beliau bersedia mengeluarkan zakat berjumlah RM7,500 bagi tahun 2011 dan akan membayarnya pada 18 April 2011. Bagaimanapun, beliau sebenarnya lebih berminat untuk menyumbang kepada pembinaan Surau Al-Hijrah (yang kekal) dan juga Masjid Al-Mustaqim. Jadi, beliau mempelawa mana-mana individu yang ingin menggunakan resit beliau untuk pelepasan cukai (beliau tak akan guna untuk perlepasan cukai), menghubungi beliau. Saya pada awalnya juga tidak faham, tetapi selepas berborak dengan saudara Syamsul, baru faham kaedahnya.

Di sini saya terangkan lebih terperinci (saya gunakan En. A sebagai contoh):

  1. Seharusnya untuk tahun 2011, En. A dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 oleh LHDN. Bagaimanapun, En. A tidak mahu membayar kepada LHDN. Maka, beliau mahu membayar zakat sebanyak RM1,000.
  2. Manakala, En Sahari (penderma sebenarnya) pula perlu membayar zakat sebanyak RM7,500 untuk tahun 2011. Beliau, boleh mendapat resit berjumlah RM7,500. Bagaimanapun, En Sahari lebih berminat untuk menyumbang kepada pembinaan surau dan masjid di BSP. Dan En Sahari tidak mahu gunakan resit tersebut untuk buat perlepasan cukai bagi dirinya.
  3. Maka, apa yang En A perlu lakukan adalah memberikan maklumat (Nama, I/C dan Alamat Rumah) kepada En Sahari.
  4. En Sahari akan pergi membayar zakatnya pada 18 April 2011 dan mendapatkan resit atas nama En A (berjumlah RM1,000, dan juga individu lain).
  5. Resit tersebut akan diberikan oleh En Sahari kepada En A.
  6. En A perlu membayar RM1,000 kepada tabung pembinaan surau atau masjid.
  7. Maka, secara tidak langsung En A telah membayar zakat (yang sepatutnya dia bayar pada tahun 2011) dan resit zakat tadi pula boleh digunakan perlepasan cukai 2011. Manakala surau mendapat sumbangan sebanyak RM7,500 daripada semua individu.
Insya-Allah yang mendapat faedah adalah surau atau masjid dan juga En A (atau individu yang turut sama). Ucapan terima kasih kepada En Sahari atas apa yang beliau lakukan.

Maka, kepada individu yang berminat bolehlah menghubungi En Sahari di talian 012-2328491.

-Khai-

---------- Forwarded message ----------
From: mohd sahari <satuhari@hotmail.com>

Assalamualaikum,
 
Resit zakat berjumlah RM 7,500 bagi tahun 2011 untuk dana suaru Al-hijrah boleh diambil dari saya ,Sahari. Insyallah, pembayaran akan di dibuat di LZS pada 18 April 2011.
 Mohon sesiapa yang ingin beramal jariah untuk surau kita, bolehlah hubungi saya di talian 0122328491 dengan butir-butir seperti nama, I/C dan alamat rumah.


 Seperti yang dilakukan untuk dana surau Al-hijah,di mana resit pembayaran zakat saya boleh ditulis atas nama sesiapa yang akan
buat pelepasan zakat 2011. Kemudian orang berkenaan akan dermakan pada surau atau masjid jumlah tersebut.
 
Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More