Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Tuesday, June 21, 2011

i-City: Kehidupan dalam peti sejuk dan pokok tiruan berlampu

Saya ingin kongsikan pengalaman saya pergi i:City yang terletak di seksyen 7 Shah Alam. Kalau nak ke situ, cara mudah adalah untuk masuk melalui jalan berhadapan pintu ke-2 UiTM Shah Alam. Simpang itu juga terletaknya Jakel (pusat pakaian). Dari simpang itu, i-City hanyalah 300 meter dari situ di sebelah kiri.

Untuk kereta, kita perlu membayar RM10 untuk sekali masuk. Mungkin akan sibuk ketika menjelang malam. Bayaran masuk adalah sama sebelum atau selepas pukul 6 petang. Bagaimanapun, tambahan bayaran dikenakan untuk masuk rumah sejuk. Ia mengikut berapa ramai yang ingin masuk. Dan bayarannya berbeza antara sebelum atau selepas pukul 6 petang. Kami masuk sebelum pukul 6 petang dan dikenakan RM15 seorang untuk dewasa dan RM10 seorang untuk kanak-kanak. Selepas pukul 6 petang harganya meningkat kepada RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.







Sebelum masuk, pelawat dibekalkan dengan baju sejuk secara percuma. Tapi ada juga pelawat yang membawa baju sejuk sendiri serta peralatan kaki dan tangan. Oleh kerana pertaka kali pergi, kami tidak bersedia. Lagi pun, merujuk kepada kawan-kawan yang pernah sampai, katanya hanya bilik kecil yang dihias dengan kapas bagi menampakkan kesan salji. Maklumat itu sebenarnya semasa permulaan pembukaannya. Sekarang memang ada rumah sejuk yang besar dan memang sejuk.

Maka, kerana tak cukup kelengkapan (saya hanya pakai selipar), hanya sekejap sahaja kami dapat duduk di dalam rumah sejuk itu. Terpaksa bergegas keluar kerana kesejukan terutama bahagian kaki. Kemudian boleh masuk semula kerana pada permulaan masuk, tangan kita akan di cop sebagai bukti jika kita hendak masuk kembali.

Apa yang ada di dalam rumah sejuk? Suasana kawasan sejuk dengan pelbagai binaan (rumah, jambatan, model istana dsb). Serta beberapa permainan seperti gelongsor, bola ais, tube sliding dan bobsleigh. Mainan di dalam rumah sejuk ini adalah percuma. Cuma beratur agak lama sebab ramai yang ingin mencuba.







Selain itu tarikannya adalah pemandangan menarik. Anda boleh mengambil gambar di sini. Bagaimanapun, kamera kami berhenti berfungsi secara normal setelah lama didalam. Kamera tidak rosak, tetapi kesejukan menyebabkan gambar menjadi kabur.

Selesai di rumah sejuk, kami kelaparan. Dan seperti yang telah dijangka, harga makanan mahal berbanding luar. Berger yang kami makan dijual dengan harga RM3 satu atau dua RM5. Manakala, kentang goreng, nugget, roti dsb dijual RM10 untuk 3. Bagi yang ingin makanan lain, terdapat juga restoran-restoran disebelah atas rumah sejuk itu.

Malam menjelma. Gemerlipan pokok tiruan pelbagai warna mula memenusi ruang di i-City. Keindahan pelbagai cahaya itu dapat dilihat daripada lebuh raya persekutuan. Bagi kami yang berada di dalam, gambar kenangan mula dirakamkan. Dari pokok rendah ke pokok tinggi. Pelbagai warna dinyalakan mengikut kehendak pemilik.









Setelah puas bergambar, kami mula menuju ke kawasan kereta. Bagaimanapun merapati satu bahagian, tarikan Orang Patung pula kelihatan. Terdapat tiga Orang Patung pada malam itu (Merah Jambu, Emas dan Perak). Sumbangan RM2 perlu dimasukkan untuk satu sesi bergambar. Tapi nak tangkap berapa-berapa gambar pun mereka tak kisah.





Ada juga terdapat kawasan binatang eksotik, tapi perlu bayaran tambahan yang kami tidak lawati. Kesudahnnya i-City berjaya dilawati. Berjaya merasai kehidupan dalam peti sejuk dan melihat pokok tiruan berlampu.

Gambar selebihnya di sini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150226946693117.339096.795508116

Khaiatbsp

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More