Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Mutiara Kata

Mutiara Kata 1

Mutiara Kata

Mutiara Kata 2

Mutiara Kata

Mutiara Kata 3

Mutiara Kata

Mutiara Kata 4

Motivasi Alihan Pelajar 2011

Objektif: (1)Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang. (2)Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. (3)Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Blog SK Bandar Seri Putra

Blog sekolah anak-anak SK Bandar Seri Putra

Setiap manusia akan mati

Menghadiri majlis pengebumian pakcik Dahlan

i-City, Shah Alam

Pengalaman menjejakkan kaki ke i-City, Shah Alam. Rumah sejuk dan pokok tiruan berlampu menjadi tarikan

Blog Surau Al-Hijrah

Blog Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.

Pesta Belon Udara Panas 2011

Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya. Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya. Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.

NASI MENDY DI RESTORAN PAK HJ HAMID

Istimewa Hari Jumaat: Nasi mendy, dihidangkan dengan dalca dan salsa. Pilihan lauk ayam kabsah atau kambing kabsah. Dah mencuba nasi ni. Elok untuk 3-4 orang makan. Sedap dan harap dikekalkan rasa dan kuantitinya.

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Surat Rasmi Hari Kantin SK-BSP 2011

Dikepilkan surat rasmi Hari Kantin SK-BSP.

Antara objektifnya adalah untuk mendapatkan dana bagi pembinaan susur gajah antara bangunan sekolah dan juga ke kawasan menunggu dihadapan sekolah.

Harap dapat sokongan deripada semua ibubapa dan penduduk setempat.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan

MEJAR MOHAMMAD QAYYUM BIN A. BADARUDDIN 019-3716910

Wednesday, April 21, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2010 Pertama

Sumber: http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/mesyuarat-jawatankuasa-pibg-2010.html

Pada 14 April lepas, jawatankuasa PIBG 2010 telah berjaya melaksanakan mesyuarat pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh majoriti ahli jawatankuasa.


Gambar - Jawatankuasa PIBG bersidang

Mesyuarat telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada penasihat PIBG, puan Guru Besar SK-BSP, Puan Normah Binti Kasim. Antara yang disentuh adalah mengenai saringan LINUS dan perjumpaan dengan ibubapa mengenai saringan tersebut. Juga disentuh tentang pencapaian sekolah dalam bidang sukan atau olahraga yang belum pun setahun umurnya serta berkenaan masalah murid.


Gambar - Puan Normah Binti Kasim, Guru Besar SK Bandar Seri Putra

Saringan LINUS yang lalu telah mendapati 180 pelajar terpaksa dimasukkan dalam kelas LINUS dan saringan seterusnya akan dijalankan bulan Jun akan datang.

Berkenaan pendaftaran tahun satu, sehingga kini telah terdapat 521 pelajar mendaftar untuk tahun satu 2011 dan 271 lagi mendaftar untuk tahun satu 2012.

Aktiviti besar yang akan dijalankan sekolah dalam masa terdekat adalah Hari Kantin. Bagaimanapun, kertas kerja hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Manakala masalah mengumpul dan mengekstrak data sekolah (daripada sistem Kementerian dan daripada database sekolah) akan dibantu oleh PIBG agar mudah dibaca dan dianalisis.

Majlis penyerahan tugas antara YDP 2009 (Mejar Qayyum) dan YDP 2010 (Ustaz Rozi) juga telah dijalankan.


Gambar - Mejar Qayyum menyerahkan tugas kepada Ustaz Rozi

PIBG juga telah bersetuju membentuk unit-unit yang akan membantu menggerakkan PIBG:

   1. Unit Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
   2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
   3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh En Rosli
   4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi - Diketuai oleh En Khairil

Semua unit ini akan mengambil isu-isu yang telah dibangkitkan dalam dan luar mesyuarat agong untuk diselesaikan. Ibubapa yang lain juga diharap dapat menyumbang melalui unit-unit ini. Ibubapa boleh mendaftarkan diri di sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pendaftaran-kepakaran-ibubapa.html.

Buat permulaan, PIBG melalui Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi telah mengesahkan bahawa blog SB Bandar Seri Putra (http://skbandarseriputra.blogspot.com/) akan dijadikan blog rasmi PIBG dan sekolah. Satu e-group juga telah diwujudkan sebagai ruang perbincangan PIBG (lihat sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/e-group-perbincangan.html).

Mesyuarat telah ditangguhkan sekitar jam 12 tengah malam dan akan bermesyuarat semula dalam masa sebulan.

Nota: Gambar lain boleh dilihat di http://www.facebook.com/album.php?aid=166513&id=182228500788

- Dilaporkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi

Friday, February 5, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SRABSP

Oleh Khai@BSP


Bandar Seri Putra 30 Jan. - Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP) buat julung kali telah mengadakan mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) buat kali pertamanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada dua ratus orang ibu dan bapa. Majlis yang sepatutnya dirasmikan of ADUN Bangi YB Dr. Hj. Shafie Abu Bakar telah dimulakan sedikit lewat dari yang dirancangkan.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi telah dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat sekolah kepada ibubapa. Semasa taklimat tersebut, Guru Besar Ustaz Khairul Amri Jamian (Ustaz Khairul) telah memaklumkan bahawa sekolah walaupun secara fizikalnya dibawah daerah Hulu Langat, bagaimanapun dari segi pentadbiran pendidikan diletakkan dibawan daerah Sepang. Ini menurutnya untuk memudahkan urusan sekolah kerana daerah Hulu Langat sendiri mempunyai terlalu banyak sekolah bawah pentadbirannya. Menurutnya lagi jumlah semasa murid SRABSP adalah seramai 1085 orang dengan 34 orang guru untuk kedua-dua sesi pagi dan petang.


Gambar: Guru Besar SRABSP Ustaz Khairul Amri

Merurutnya lagi, pada hari pertama sekolah, guru tetap sekolah tidak dapat hadir dalam masanya menyebabkan beberapa pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) (jurusan pendidikan) telah dipanggil untuk menggantikan guru-guru tersebut. Bagaimanapun, masalah timbul apabila ibubapa yang cuba mendapatkan maklumat tentang sekolah gagal dijawab oleh guru-guru ganti dari KUIS ini. Masalah ini selesai dengan kehadiran guru-guru tetap sekolah.

Menyentuh mengenai kewangan sekolah, Ustaz Khairul dengan tegas menyatakan itu adalah antara masalah utama sekolah agama secara amnya. Ini kerana tiada perutukan khas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Semua kewangan sekolah adalah diperolehi daripada kutipan yuran pelajar. Maka sekolah amat berbesar hati jika ada sebarang sumbangan tambahan dapat dibuat kepada sekolah secara berkala agar pihak pengurusan dapat memberikan apa yang terbaik buat anak-anak SRABSP.

Pemilihan jawatankuasa agak perlahan kerana ibubapa tidak mengenali satu sama lain yang menyebabkan mesnyauat ditangguhkan untuk sesi jamuan ringan. Apabila disambung kembali, 10 ibubapa telah dipilih untuk memegang jawatan dalam PIBG yang diketuai oleh En. Lokman Bin Md Sarip.

Berikut senarai jawatankuasa PIBG SRABSP Sesi 2010/2011:


Gambar: YDP PIBG SRABSP En Loqman Md Sarip

Penasihat: Ustaz Khairul Amri Bin Jamian

YDP: En Lokman Bin Md Sarip

Naib YDP: En Iqbal Bin Ismail

Setiausaha: En Mohd Hafeez Bin Aziz

Bendahari: Cik Noraliza Binti Mohd Zomin

AJK:
1. En. Safri Bin Said
2. En. Azizuddin Bin Zailan
3. En. Mohd Najib Bin Md Sariff
4. En. Badrul Shah
5. Cik Norziah Binti Othman
6. Cik Mariah Binti Mohd Saleh
7. Cik Salmah Binti Pa'wan
8. Cik Zamnura Binti Mat Desar


Sesi terakhir adalah pembentangan usul. SRABSP telah membuat kompilasi dan mengkategorikan usul dan cadangan ibubapa yang dibuat secara bertulis sebelum mesyuarat. Kebanyakannya telah dipersetujui untuk dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa antaranya pengurusan trafik dihadapan sekolah, masalah kebersihan, melewatkan masa permulaan sekolah, kolaborasi dengan PIBG SKBSP dan lain-lain lagi.



Selain itu, yuran PIBG juga hebat diperbahaskan dan akhirnya ketetapan telah diperolehi dengan yuran tahunan sebanyak RM50 setahun untuk setiap anak bagaimanapun untuk yang mempunyai lebih daripada 2 orang anak, ianya ditetapkan sebanyak RM100 (2 x RM50).

Mesyuarat ditangguhkan oleh YDP beberapa minit sebelum pukul 1.00 tengahari.

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More