United sekali lagi semalam mempamerkan sentuhan penyudah yang berkesan berbanding Chelsea walaupun Chelsea mempunyai banyak peluang yang gagal disempurnakan oleh penyerang mereka.
Tiga berbalas satu adalah keputusan akhir semalam. Gol-gol United adalah hasil jaringan Smalling, Nani dan Rooney. Walaupun dua gol pertama disifatkan gol kontrovesi (kerana dikatakan offside), tetapi kedua-dua gol tersebut menampakkan ketajaman pemain United. Gol Smalling hasil tandukan, manakala gol Nani mempunyai penyudahan yang cantik. Mungkin nasib juga menyebelahi United kerana gol ketiga jaringan Rooney setelah bola yang dikeluarkan tetapi ditampan dan jatuh betul-betul dihadapan Rooney untuk penyudahan mudah.
Kedua-dua pasukan bermain dengan amat pantas menyaksikan serangan bertali arus antara dia penjuru gol. Dan bak kata pengulas malam tadi, game ini patut dikenang kerana banyak kegagalan jaringan. Rooney yang gagal menjaringkan penalti. Tores pula gagal meletakkan bola dalam jaring gol walaupun telah menewaskan De Gea. Bagaimanapun Tores berjaya juga menjaringkan gol sebelum ini untuk gol saguhati.
Video highlight boleh di lihat di sini:
http://rutube.ru/tracks/4826735.html?v=e2b4316b93495074862db18928d1b0be
============
Manchester United benam Chelsea 3-1
19/09/2011 2:02am
MANCHESTER, United Kingdom 19 Sept. - Manchester United mempamerkan aksi sebuah pasukan juara untuk mengungguli Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Chelsea di Old Trafford, malam tadi.
Pasukan bimbingan Alex Ferguson menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama melalui Chris Smalling, Nani dan Wayne Rooney, manakala Chelsea akhirnya gagal mengekalkan rekod tanpa kalah sejak diterajui boss baru Andre Villas-Boas.
Fernando Torres merapatkan jurang melalui gol seawal minit pertama separuh masa kedua berlangsung, manakala Rooney gagal menambat jaringan setelah tersasar sepakan penalti.
United kekal di puncak liga setelah pesaing Manchester City diikat 2-2 oleh Fulham. - AFP
Khaiatbsp
0 comments:
Post a Comment