Baru terima SMS seperti dibawah:
Kemudian bila diperiksa dalam laman web JAKIM, JAKIM menafikan.
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS |
Rabu, 14 September 2011 00:43 |
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak". 2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya. 3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013. 4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan. Sekian, terima kasih. |
Sumber: http://www.halaljakim.gov.my/
Dalam satu blog ini ada diberikan bayangan siapa yang mengaut keuntungan menyebarkan SMS palsu ini.
Atau boleh juga baca tulisan Mazidul di sini http://www.mazidulakmal.com/2011/09/penjelasan-berhubung-dakwaan-kilang.html
0 comments:
Post a Comment