Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Wednesday, September 14, 2011

Kuliah Masjid Hendaklah Syumul , Perlu Ada Anjakan Paradigma

Kuliah Masjid Hendaklah Syumul , Perlu Ada Anjakan Paradigma

SHAH ALAM 14 SEPTEMBER : Kuliah masjid dan surau perlu berganjak daripada persoalan yang membincangkan perkara yang bersifat halal-haram tetapi menjurus kepada perbincangan yang bersesuaian dengan realiti dan konteks  semasa sebagai mengangkat tradisi ilmiah dalam Islam.

Justeru, sikap sesetengah pihak ******** yang cuba mempolemikkan isu penyampaian tazkirah atau kuliah di masjid-masjid yang didakwa berbau hasutan, ceramah politik dan lain-lain diselar kerana  Islam merupakan agama yang syumul dan tidak hanya dikategori dalam aspek fardu ain  dan undang-undang keluarga semata-mata.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata  soal politik kepartian adalah jelas tidak boleh disampaikan dalam masjid, tetapi sisipan dalam politik seperti soal kebenaran dan keadilan, hubungan antara negara dan masyarakat wajar dibincangkan dan diwacanakan kepada jemaah.

"Sesuai dengan ajaran Islam sebagai Ad-din, persoalan  agama Islam hendaklah dilihat dalam perspektif yang lebih syumul merangkumi  muamalat, siasah, jenayah, ekonomi, sosial, pendidikan, munakahat, keluarga dan lain-lain," katanya dalam kenyataan media.

Tambah beliau, kegiatan tradisi  ilmiah di masjid  seharusnya tidak begitu pasif, malah perlu lebih proaktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti seminar, dialog, wawancara, sidang meja bulat, ceramah berkelompok dan boleh dilakukan di luar kawasan masjid dan surau.

Malah, pihak jawatankuasa masjid juga boleh memulihkan peranan masjid dengan menarik golongan belia  dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti permainan futsal, bola sepak dan sebagainya.

"Akhirnya dengan membuka ruang perbincangan yang luas dalam masyarakat, minda rakyat akan terpacu ke hadapan. Rakyat bertambah berilmu, dan lebih aktif tetapi tidak mudah reaktif terhadap sesuatu isu atau permasalahan.

Justeru, tradisi ilmiah di masjid perlu ditingkatkan selaras dengan peredaran zaman. Malah rakyat sendiri boleh menilai antara ceramah politik dan kuliah agama," katanya lagi.

Nota Khaiatbsp: Dalam masa yang sama kena mengelakkan daripada perpecahan dalam masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More