Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Friday, September 30, 2011

Rumah Sampah Vista - Utusan today

Apartmen dikelilingi sampah

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm


Salah seorang penduduk sekitar membuang sampah di tepi jalan raya berhampiran Apartmen Vista Seri Putra, semalam.


BANGI 28 Sept. – Malang bagi penghuni Apartmen Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra di sini apabila masalah timbunan sampah yang membelenggu mereka sejak sekian lama masih gagal diatasi sehingga kini oleh pihak bertanggungjawab.

Aduan demi aduan sudah dibuat tetapi masalah itu bukan sahaja tidak dapat diselesaikan, malah dilihat semakin teruk sehingga menjadikan persekitaran kawasan itu berbau busuk dan kotor.

Lebih malang, sampah itu bukan disebabkan oleh kurangnya kesedaran sivik di kalangan penduduk tetapi berpunca daripada orang luar yang suka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di tepi jalan berhampiran rumah sampah apartmen itu.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak yang bertanggungjawab untuk mengutip sampah tidak menjalankan tugas mereka mengikut jadual menyebabkan sampah terkeluar dari tong sampah yang disediakan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke rumah sampah apartmen tersebut mendapati, selain tong sampah yang sudah penuh, terdapat terlalu banyak timbunan sampah yang diletakkan di tepi jalan berhampiran sehingga kawasan itu sudah menjadi seperti tapak pelupusan sampah.

Penduduk memberitahu, semasa tinjauan dilakukan, sampah pada hari itu masih belum dikutip walaupun waktu pada itu sudah hampir pukul 1 tengah hari.

Semasa tinjauan dilakukan, tiba-tiba muncul sebuah kereta dan pemandunya, seorang wanita dan tanpa rasa bersalah, memunggah sampah dari dalam keretanya dan dicampakkan di atas timbunan sampah sedia ada.

Wakil pihak pengurusan apartmen itu, Fauziah Muslimin berkata, pihaknya sudah membuat kira-kira 10 aduan melalui e-mel dan panggilan telefon ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak Januari lalu, namun masih tiada sebarang tindakan penyelesaian diambil.

"Apabila aduan dibuat, jawapan yang diberikan ialah kontraktor akan mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan tetapi pemantauan kami mendapati kontraktor gagal mengikut jadual kutipan itu.

"Kami ingin tahu apakah peranan MPKj sebagai pihak berkuasa dalam mengatasi masalah ini. Sudah banyak aduan telah dibuat dan kami mahukan jalan penyelesaian yang total," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Fauziah, pihak pengurusan juga pernah mencadang supaya pagar dibina bagi menutup rumah sampah tersebut supaya orang luar tidak dapat membuang sampah di kawasan itu.

Malah, katanya, pihak pengurusan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk kos pembinaan pagar tersebut tetapi sehingga kini, tiada maklum balas diterima daripada MPKj.

"Masalah sampah ini bukan sahaja menyusahkan penduduk tetapi turut memburukkan imej pihak pengurusan kerana penduduk sering membuat aduan kepada kami. Masalahnya ialah bagaimana untuk kami mengawal pihak luar yang membuang sampah di sini," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More