Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Monday, September 5, 2011

Teluk Anson - Mastan Ghani & Menara Condong

Ronda-ronda raya kali ini menyebabkan kami sekeluarga menyinggah ke Teluk Intan (dulu orang panggil Teluk Anson) lagi. Maka sekali lagi menggagau cari arah ke gerai mee rebus Mastan Ghani. Itupun terliur sebab ada sorang uncle ni sebut rasa mee rebus kat semua gerai Mastan Ghani memang berbeza. Katanya, kalau nak ori gi ke jalan apa tah saya tak ingat. Tapi, tak apa. Kami carilah gerai yang agak lama dan penyedia makanan ala-ala mamak yang mungkin inilah gerai Mastan Ghani yang paling original. Terletak di Jalan Selat. Gerainya jenis gerai kayu dan ramai pelanggannya. Dan, nampaknya memang tak silap lagi mee rebus Mastan Ghani paling best saya pernah rasa (mungkin ada yang tak setuju) adalah digerai ini.







Bila sampai, nampaknya bukan kami sekeluarga sahaja yang berraya di Mastan Ghani. Tapi ramai lagi hinggakan terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.





Selang 5 minit, menu yang dipesan sampai ke meja. Air hanya ada air sirap (cincau) dan laici sahaja. Makan, mee rebus dan rojak. Saya kurang minat sikit rojak, tapi mee rebus bak kata anak saya 'Terbaik'.


Mee rebus


Rojak


Alhamdulillah, licin

Menara Condong Teluk Intan


Berdekatan, singgah pula ke Menara Condong Teluk Intan. Pada kebiasaan, kami ke Teluk Intan dengan masa yang suntuk atau menara tersebut tidak dibuka untuk dilawati oelah orang ramai. Tetapi, kali ini bernasih baik, kami boleh menaikinya. Masuk adalah percuma dan boleh naik hingga ke tingkat ke-2. Bahagian dalam dihiasi oleh pelbagai gambar dan ada kolam dipenuhi duit katanya sebagai memohon hajat. Tapi jangan kita percaya benda syirik ini kerana, hanya Allah sahaja tempat kita memohon.











Lagi gambar si sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.152295024857266.40065.128081543945281&type=1

khaiatbsp

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More