sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=198214383568087&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1
Dana terkumpul kini mencecah RM860,920.72.
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-24 pada 27 Julai 2011 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan Jun 2011 = RM43,433.72
- bulan Julai 2011 = RM25,341.76
Alhamdulillah, Bulan Jun merupakan bulan ke-5 berturut-turut sumbangan derma diterima melebihi RM40,000. Namun begitu, sumbangan derma untuk bulan Julai turun secara mendadak.
Diharapkan kutipan bulan-bulan seterusnya (Ramadhan dan Syawal) dapat konsisten melebihi RM50,000 mengambil keberkatan pahala sedekah berlipat kali ganda di bulan mulia ini.
Moga-moga Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.
Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
0 comments:
Post a Comment