Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Monday, August 8, 2011

Datang ke JKM jika ada masalah kewangan - Shahrizat

Datang ke JKM jika ada masalah kewangan - Shahrizat

07/08/2011 8:58pm

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata kementeriannya melalui jabatan itu membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion setahun bagi membantu kira-kira 450,000 orang setiap tahun.

Katanya tidak timbul isu bantuan yang diberikan kerajaan tidak mencukupi memandangkan terdapat banyak agensi termasuk orang perseorangan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kementerian lain yang turut memberikan bantuan.

"Tidak ada negara di dunia ini atau kerajaan yang boleh membantu setiap rakyatnya dalam segala situasi. Kita bukan negara kebajikan tetapi kita kerajaan yang prihatin.

"Kalau ada keluarga atau mana-mana rakyat yang betul-betul tidak ada pembelaan, tidak ada duit datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Itu saja yang kita perlu," katanya selepas menghadiri Acara Detik 30-Jam Berlapar 2011 di sini hari ini.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.

Bantuan tersebut meliputi wang tunai, tempat tinggal, makan minum percuma, wang pendidikan dan saraan kos ketika sakit. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More