Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Sunday, August 7, 2011

Laporan: JEMPUTAN KE TAKLIMAT/MESYUARAT KESELAMATAN CUTI AIDILFITRI 1432H/2011







Sebentar tadi telah diadakan taklimat / mesyuarat keselamatan sempena hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Seramai 30 orang pengerusi/wakil skim-skim sekitar Bandar Seri putra telah turut hadir. Disamping kehadiran istimewa pegawai-pegawai polis daripada Balai Polis Bangi yang diketuai oleh SI Ramlan.

Pembukaan majlis telah didahului oleh YDP PPBSP (Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra / BSP Induk) Tuan Hj Ahmad yang mengharapkan agar semua skim-skim dapat bersatu dan bergabung secara bersepadu dengan PPBSP dalam semua perkara. Dimulakan dengan gabungan dalam isu keselamatan. Hj Ahmad juga menyatakan sokongan PPBSP dalam kempen ke Gaza yang mana beliau sendiri akan mengikuti trip ke Gaza pada 15 Ogos nanti. Sebarang sumbangan boleh diberikan kepada beliau untuk inisiatif seperti membangunkan hospital dan beberapa kemudahan lain di Gaza.

Seterusnya SI Ramlan ketua Balai Polis Bangi mengambil alih untuk taklimat keselamatan. Beliau menyatakan bahawa semua pemilik rumah perlu membantu pihaknya untuk membenteras jenayah. Paling penting agar pemilik rumah tidak lalai dalam keselamatan rumah masing-masing. Jenayah merupakan sesuatu yang terjadi apabila penjenayah melihat ada peluang. Maka, dengan mengambil langkah biasa seperti mengunci pagar, memasang grill, menutup pintu adalah apa yang pemilik rumah perlu lakukan. Disamping itu langkah tambahan seperti menambah mangga grill, memasang alarm, menyediakan penyekat pintu gelongsor dan sebagainya boleh juga dilaksanakan.

Selain itu, seeloknya rumah dibiarkan cerah pada waktu malam seperti memasang timer atau sensor. Cantas pokok-pokok yang boleh menjadi tempat persembunyian penjenayah. Barang-barang berharga seperti komputer, telefon bimbit dsb disimpan ditempat yang lebih selamat. Alatan perkebunan jangan ditinggal di luar. Termasuk alatan pertukangan dan tangga yang boleh digunakan penjenayah. Jiran-jiran yang tidak balik kampung perlu juga menjadi mata-mata jiran yang lain. Serta, mengisi borang balik kampung bagi memaklumkan pihaknya untuk meronda kawasan itu dengan lebih kerap.

Merujuk kepada soalan modus operandi (mo), beliau menyatakan kebanyakan kes dimasuki dari pintu belakang. Selain penggunaan master key dan juga penyamaran sebagai pegawai Indah Water.

Manakala, pihak PPBSP menerusi Biro Keselamatan yang diketuai oleh Mejar Qayyum akan mengadakan mesyuarat gerak gempur keselamatan pada Ahad depan 14 Ogos 2011 jam 9.00 pagi di tempat yang sama. Antara perancangannya adalah untuk menyediakan kawalan keselamatan sementara secara bersepadu sekitar BSP dengan mengadakan pos-pos kawalan disetiap skim dan satu bilik gerakan sepanjang cuti hari raya nanti.





Majlis berakhir sekitar jam 12 tengahari dengan pengumuman daripada Tuan Hj Ahmad mengenai Majlis Ramah Mesra BSP yang akan diadakan pada 8 Oktober nanti yang mana beliau menyeru semua skim membantu dalam menjayakan program itu nanti sebagai AJK program. Manakala Tuan Norizan, pegawai keselamatan Bangi Heights pula memaklumkan perjumpaan dengan Polis dan semua ketua skim pada 1 Oktober 2011 bagi taklimat Komuniti Policing.

Khaiatbsp

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More