Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Monday, August 29, 2011

8 Sebab United Menang 8-2 menentang Arsenal



United menang menentang Arsengal malam tadi 8-2. Jaringan yang besar yang juga menyaksikan pasukan sepekan United, City menang 5-1 mengatasi Spurs semalam.

"Whatever City can do, United can do better."

8 sebab united menang malam tadi.

1 - Ferguson kekalkan kesebelasan yang sama
Setelah mengharungi 4 perlawanan (termasuk Community Shield), pasukan Alex Ferguson adalah kesebelasan yang sama mengandungi 2 pemain muda yang dipinjamkan pada musim lepas (Welbeck dan Cleaverly) dan juga 2 pemain yang baru dibeli (Young dan Jones). Lihat pula bangku simpanan (Lindegaard, Ferdinand, Berbatov, Giggs, Park, Hernandez, Fabio) United yang kuat. Ferguson boleh sahaja menukar permainan dengan mengubah taktik dan personel jika United gagal pecah kebuntuan.



2 - Arsenal yang lemah

Penghijrahan, kecederaan dan penggantungan adalah sebab kelemahan Arsenal. Pemain Arsenal malam tadi adalah pemian yang tidak teruji lagi dalam perlawanan yang sengit seperti menentang United malam tadi.


3 - Danny Welbeck, 'gam' kepada serangan United
Pergerakan dan passing Welbeck adalah salah satu sebab kelancaran serangan United. Kerajinan Welbeck untuk mendapatkan balik bola daripada pemain lawan adalah salah satu permulaan serangan United.


4 - Rooney, pakar tendangan pegun
'Dead ball speciallist' atau pakar tendangan pegun. Ketiga-tiga goal Rooney adalah daripada bola pegun - 2 tendangan percuma yang cantik dan tendangan penalti. Rooney juga seperti Welbeck tidak lokek tenaga untuk menjadi barisan pertahanan pertama United dengan mendapatkan bola daripada pihak lawan. Tenaga Rooney dilihat seperti tiada penghujungnya. Persefahaman dengan Welbeck dan pemain tengah lain sangat mengagumkan.

5 - Anderson & Cleaverly - Pusat kawalan tengah United
Tiada 'holding midfielder'. Itu sebabnya United nampak lebih baik dalam serangan kerana semua pemain tengah turut sama dalam serangan. Kawalan bola Anderson sangat baik dan merupakan pemain yang boleh mengawal permainan tengah United. Disamping Cleaverly, Anderson bertukar-tukar posisi antara serangan dan pertahanan dengan jayanya. Cleaverly juga harus dipuji kerana menampakkan kematangan dan passing yang sangat mudah tapi efektif.



6 - Young & Nani yang sangat pantas dan sangat berskill
United mempunyai dua pemain sayap yang laju dan berskill tinggi. Serta kedua-duanya mampu menjaringkan gol yang cantik. Dua gol jaringan Asley Young dari sebelah kiri padang menerjah ke pintu gol sebelah kanan Arsengal tanpa boleh dijangkau oleh penjaga gol. Manakala, Nani sentiasa inginkan kelainan dan bermain cantik. Gol Nani juga mendapat sentuhan yang sangat menarik.

7 - Pertahanan yang mantap
Jones, Evans, Smalling dan Evra telah bertahan dengan baik. Mereka juga memulakan serangan dengan Smalling dan Evra melancarkan seranga permulaan dari sebelah tepi padang. Manakala, Jones banyak memulakan serangan daripada tengah padang.


8 - De Gea, Penjaga gol masa depan
David De Gea menyelamatkan tendangan penalti Van Persie dan nampak baik menjaga gawang United walaupun nampak belum betul begus. Dia adalah penjaga gol masa depan United.

*Sumber gambar http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Features/2011/Aug/gallery-united-v-arsenal.aspx#

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More