Jom kita lari sekejap ke Bazzar Ramadhan Bandar Baru Bangi. Di sini ada dua gerai yang menarik bagi saya. Gerai lain pun menarik, tapi dua gerai ini lain sikit auranya.
Yang pertama, gerai nasi kukus ayam/daging/paru dsb.
Tengok gambar kat bawah, betapa besarnya alat kukusnya.
Nampak menarik tapi tak cuba lagi. Mungkin akan mencubanya nanti.
Gerai yang kedua, semestinya ayam golek 'beratur'. Nama sebenarnya tidak diketahui. Tapi mudah nak cam, cari simpang empat berdekatan PKNS bangi. Akan nampak orang beratur disimpang itu kerana gerainya adalah yang pertama di simpang itu. Semalam sekitar pukul 4 petang, adalah dalam 40 orang dah beratur. Ayam golek tu pula hanya boleh kita beli selepas sekitar 30 minit ke sejam beratur.
Cuma yang agak ralat, harganya sangat mahal. RM23 seekor atau RM13 separuh. Sosnya juga kurang enak bagi tekak saya. Cuma ayamnya memang best dan saiz ayamnya juga besar. Kalau pergi Bazzar Ramadhan Bandar Baru Bangi, bolehlah mencubanya.
Khaiatbsp
Re: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus
Pelaburan Saham
-
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah
kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.
Jadi a...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment