Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/08/motivasi-alihan-pelajar-oleh-dr-tengku.html
Bandar Bukit Mahkota, 29 Sya`ban = 31 Julai (Ahad):
Motivasi di atas adalah anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putera bertempat di Dewan Clubhouse, Bandar Bukit Mahkota pada tarikh di atas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Motivasi yang melibatkan pelajar berumur 10 tahun ke atas ini mendapat kerjasama dari MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd., Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Majlis Perwakilan Penduduk, Zon 24 MPKj. Adun Bangi turut sama menyumbang peruntukan. Jumlah pelajar yang mengikuti Motivasi Alihan Pelajar ini lebih kurang 300 orang. Ruang Clubhouse adalah penuh termasuk ibu bapa. Mereka bersila di atas lantai.
Antara objektif anjuran motivasi ini ialah:
Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cemerlang.
Memberi kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. Dan melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, Negara dan agama. Motivasi Alihan Pelajar ialah Kursus Motivasi yang diasaskan oleh Dr. Tengku Asmadi sejak tahun 1996 dan hingga kini lebih dari 100,000 pelajar mengikutinya.
Antara topik-topik pengisian ialah:
Sesi 1: Matlamat Hidup Pelajar
Antara kandungannya ialah bahawa Belajar itu adalah ibadah
Pelajar perlu mempunyai, bahkan mencipta matlamat
Kemungkinan matlamat tidak tercapai, Mengapa ?
Sesi 2: Strategi Pembelajaran Aktif melibatkan
Persediaan belajar
Fasa-fasa Strategi Pembelajaran Aktif
Strategi Pembelajaran Aktif
Pembelajaran Output
Prinsip Memori
Kuasa Tumpuan
Sesi 3: Sikap Penentu Kejayaan
Apa itu sikap ?
Bagaimana sikap terbentuk
10 petua atasai sikap malas
Budaya dan tabiat pelajar cemerlang
Sesi Akhir sebelum acara penutup pada sebelah petang ialah Program Keibubapaan
Adun Bangi tiba pada penghujung program bagi Majlis Penutupan oleh Adun. Majlis dihadiri oleh YM Dr.Hj. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad selaku Motivator dan Pengarah Urusan & Perunding Utama MAP Training & Consultance, saudara Adram Musa Ahli MPKj, Tuan Haji Ahmad bin Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dan Pengarah Program Dr. Ishak bin Ahmad.
Dalam ucapan penutup Adun yang ringkas, kerana hari sudah agak petang, adun mengucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra yang prihatin terhadap pelajaran dan masa depan anak-anak. Tahniah juga kerana dapat menempah seorang pakar Motivator terkenal iaitu YM Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mahmud. Bukan mudah untuk mendapat Motivator terkenal seperti Dr. Hasmadi. Adun berharap dari motivasi yang disampaikan dapat merubah sikap anak-anak yang kurang bersungguh bertukar menjadi pelajar yang rajin. Kita berharap akan muncul pelajar-pelajar cemerlang dikeluarkan hasil dari motivasi di sini. Kegiatan motivasi sedemikian amat dialu-alukan dan ini adalah salah satu pengisian bagi Bangi Bandar Ilmu. Kita harap program-program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Harap selepas menghadiri motivasi ketara berubah sikap pelajar-pelajar kepada yang lebih positif. Sama-samalah kita berdoa bagi kejayaan mereka. Insya Allah.
Sekian.
Re: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus
Pelaburan Saham
-
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah
kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.
Jadi a...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment