Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Monday, October 3, 2011

United 2 - 0 Norwich City



Walaupun keputusan akhir memihak kepada United, tetapi United masih tercari-cari rentak seperti yang dipamerkan pada beberapa perlawanan awal yang menyaksikan mereka menjaringkan gol yang banyak. Sebenarnya mereka kehilangan 2 pemain muda yang baru iaitu Welback dan Cleverly. Kedua-dua pemain ini sebenarnya yang menjadi penghubung kepada ketajaman serangan awal musim United. Ini dibuktikan, setelah kemasukan Welbeck, hantaran-hantaran United lebih tepat dan merbahaya. Akhirnya, Welbeck menjaringkaan gol kedua United malam itu setelah mendahului 1-0.





United hanya sekadar seri tanpa jaringan pada akhir separuh masa pertama. Itu pun nyaris tidak dikejutkan oleh Norwich atas kegagalan penyerang Norwich menghasilkan penyudah yang baik. Jika tidak, mahu sahaja United berputih mata. United yang turun tanpa Ashley Young dan David De Gea yang direhatkan, juga mempunyai peluang tetapi gagal juga dimanfaatkan. Untuk penyokong atas pagar, permainan kedua-dua boleh dikata menarik kerana serangan bertali arus kedua-dua pasukan. Tetapi bagi penyokong United, ia menyakitkan. Bagaimanapun, gol dari Anderson dan Welbeck memberikan kemenangan kepada United.

Gambar lain: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150322852827746&set=a.10150322852207746.343081.7724542745&type=1&permPage=1


(VIDEO) Manchester United vs Norwich Goals


khaiatbsp

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More