Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Monday, October 17, 2011

Iklan Buku PTS: Koleksi buku "Diari Mat Despatch"


Satu naskah = 9.90
Tiga naskah = 27.00 (JIMAT 2.70)


Dapatkan terus ke pintu rumah anda melalui
Mat Despatch ini Khai 012.2655.203

Juga boleh dijadikan hadiah.


"Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang atau bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu" JADI TOLONGLAH JANGAN BACA – Baharuddin Bekri
(tertera di kulit belakang)

Kulit buku ini sahaja telah menarik perhatian. Manakala, bahagian dalamnya setiap helaian ada garis-garis sama seperti buku laporan sains. Pada helaian pertama sudah dimaklumkan kenapa si Mat Despatch kata dia tak mampu beli diari untuk dibuat diari. Maka, buku laporan sains inilah dijadikan diari. Novel yang unik dan kreatif ini sesuai untuk bacaan santai tetapi penuh dengan pelbagai falsafah seorang Mat Despatch.

"Hanya orang skema yang baju di dalam seluar beserta rambut disikat tepi sahaja yang ada diari", antara tulisan Mat Despatch dalam diarinya yang santai dan sinis.



"Diari bulan Januari yang aku tulis dalam buku laporan sainds sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam ujian BMT dahulu. Kini, aku menulis diari kerana merasakan menulis diari bolleh melegakan perasaan aku dan membuatkan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik" – Bagaimanakan lelaki itu dikatakan lelaki baik?Baharuddin Bekri

"Aku ini lelaki biasa, yang serba-serbi kurangnya. Pelajaran aku tidak tinggi, kerja aku juga tidak bergaji tinggi, malah wajah aku juga tidak kacak. Untuk lelaki seperti aku, perempuan yg bagaimana yg perlu aku pilih? Aku sebagai lelaki walaupun sudah sedar diri serba kurang, namun pasti tetap juga punyai hati dan selera. Pasti aku mendambakan wanita cantik dan baik serba-serbi. Jadi, untuk lelaki seperti aku, perjuangan aku bukannya cinta, tetapi perjuangan aku adalah bagi MENUNDUKKAN HATI aku yg PUNYA SELERA dan CITA-CITA yg TIDAK LOGIK. Aku perlu berjuang bagi berpijak di bumi yg nyata dan mendapatkan wanita yang SEKUFU dgn aku. Aku berjuang bukan cuba menjadi diri aku yg sebenar, kerana diri aku yg sebenar mahu perempuan yg cantik, tetapi aku berjuang demi masa hadapan aku dan perempuan itu." (m/s 59)

"Perjuangan aku bukannya cinta, tetapi perjuangan aku adalah bagi MENUNDUKKAN HATI aku yg PUNYA SELERA dan CITA-CITA yg TIDAK LOGIK. Aku perlu berjuang bagi berpijak di bumi yg nyata dan mendapatkan wanita yang SEKUFU dgn aku. Aku berjuang bukan cuba menjadi diri aku yg sebenar, kerana diri aku yg sebenar mahu perempuan yg cantik, tetapi aku berjuang demi masa hadapan aku dan perempuan itu." (m/s 59)




Buku ini merupakan siri ke-3 Diari Mat Despatch. Novel ini masih mengekalkan gaya kelakar dan sering mencuit hati dengan ayat-ayat Bahasa Melayu Tingginya.

Mengisahkan Rayyan yang sedang dalam dilema untuk memilih mengambil ujian editor sambilan atau menghadiri kenduri pertunangan sepupunya. Apakah alasan yang paling sesuai dan terbaik bagi tidak menghampakan dan melukai hati ibunya sekiranya dia memilih untuk mengambil ujian editor sambilan? Terdapat pelbagai solusi dan pendapat daripada orang yang disekitarnya.

Buku ini ditulis oleh Bahruddin Bekri dan diterbitkan oleh PTS pada tahun 2011. Mempunyai 184 helaian muka surat.

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More