Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Thursday, October 6, 2011

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - September 2011


(sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=226630754059783&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&ref=nf)

Dana terkumpul kini mencecah RM979,276.96. 

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-26 pada 5 Oktober 2011 (malam tadi) bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Ogos 2011 = RM71,114.79 (updated figure)
  • bulan September 2011 = RM38,900.28

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berkembang lebih sekali ganda dalam tempoh setahun (Sept 2010 - Sept 2011). Ini merupakan hasil komitmen yang diberikan oleh penderma-penderma dan penyumbang-penyumbang yang komited bagi merealisasikan visi membina sebuah masjid di Bandar Seri Putra ini. (Jumlah terkumpul pada Sept 2010 adalah RM410,664.34, pertambahan sebanyak RM568,612.62)

Sasaran awal RM 1 juta sudah nampak hampir tercapai sebelum hujung tahun 2011 dan insyaAllah, kerja-kerja pembinaan akan dapat dimulakan. JK Pembinaan baru menerima surat daripada LHDN mengenai permohonan kita untuk pelepasan cukai dan tindakan sedang dilakukan untuk melengkapi butir-butir untuk permohonan kita kepada LHDN tersebut.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan. 


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More