Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Wednesday, June 8, 2011

Tiga gergasi England uji Malaysia

http://www.ticketpro.com.my/public/26/b/5/662687_345133_poster.jpg

http://www.ticketpro.com.my/public/72/e1/65/657630_342417_poster.jpg

Wah! Seronok juga pergi tengok perlawanan antara pasukan Malaysia menentang 3 gergasi England.

Sekali tengok harga tiket, paling murah pun RM58. Terkedu sekejap. Kalau masuk, bukannya boleh masuk sorang-sorang. Nak kena bawak anak-anak juga. Itu kalau maknya tak mahu ikut. Kalau maknya nak ikut, dah jadi 6 kepala.

Kena fikir semula. Tapi kemungkinan besar tak pergi sebab kewangan tidak mengizinkan.

Khai

-------------------------------------------

Tiga gergasi England uji Malaysia

Posted by KedahLaNie
Oleh HELMI TALKAH"
helmi.talkah@kosmo.com.my
 

PENGURUS skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal (tiga dari kiri) menerima jersi daripada Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.


TIGA kelab gergasi England iaitu Chelsea, Arsenal dan Liverpool akan menguji kemampuan skuad kebangsaan bulan depan.

Justeru, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal (gambar kecil) itu seharusnya tidak mensia-siakan peluang tersebut sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Begitupun, ia hanya akan diambil kira sekiranya anak-anak buah Rajagobal mencatatkan kemenangan pada pertemuan menentang Taiwan pada aksi pusingan pertama 29 Jun dan 3 Julai depan.

Jika menang ke atas Taiwan, Chelsea, Arsenal dan Liverpool, ia bakal menjadi kayu pengukur buat skuad kebangsaan sebelum menghadapi pusingan kedua menentang Singapura yang mendapat bye di pusingan pertama.

"Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini apabila bakal berdepan dengan tiga kelab besar dunia seperti Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

"Saya harapkan pemain-pemain kebangsaan dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan memberikan persembahan konsisten pada perlawanan itu nanti. Ini juga merupakan pengalaman berguna buat pemain.

"Apa pun saya akan cuba sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan menjelang aksi persahabatan itu," kata Rajagobal.

Selepas Chelsea dan Arsenal mengesahkan kunjungan mereka ke Malaysia, terbaru Liverpool turut akan menguji kemampuan skuad kebangsaan.

Liverpool akan berdepan dengan skuad kebangsaan di Stadium Bukit Jalil pada 16 Julai depan.

Sebelum itu, anak-anak buah Rajagobal akan turun menentang Myanmar pada satu aksi persahabatan pada 18 Jun ini sebagai persiapan menghadapi Taiwan.

 
 

Chelsea uji Malaysia

Posted by KedahLaNie

VS

BERITA gembira buat penyokong fanatik Chelsea di negara ini apabila naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada 21 Julai depan.

Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam.

Lebih menarik, menjelang aksi persahabatan tersebut, peminat The Blues turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada 19 Julai.

Begitupun, untuk melihat kelibat pemain bintang Chelsea itu berlatih, peminat hanya perlu membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Chelsea di butik Adidas terpilih seluruh negara yang akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei ini. Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP pula pada harga RM388 dengan jumlah yang terhad.

"Pada 2008, kami berjaya mengumpul 55,000 penonton untuk hadir menyaksikan pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini. Jadi, tahun ini, kami jangka lebih ramai penonton akan hadir termasuk peminat dari negara jiran," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProEvents Group, Julian Kam.

ProEvents merupakan promoter eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 dan penaja rasmi bagi perlawanan tersebut adalah Adidas, Astro, One World dan Naza World.

"Selain aksi persahabatan tersebut, pemain Chelsea juga akan mengadakan beberapa program sampingan termasuk aktiviti amal serta perjumpaan dengan kelab penyokong rasmi Chelsea."

Tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.

 

__._,_.___
Recent Activity:
Hantar email anda ke:
pakbelang@yahoogroups.com

Untuk menyertai, hantar email ke:
pakbelang-subscribe@yahoogroups.com

Untuk keluar dari Pak Belang™, hantar email kosong ke:
pakbelang-unsubscribe@yahoogroups.com

Untuk membaca atau merujuk artikel yang telah disiarkan dalam group ini, sila ke website group: http://groups.yahoo.com/group/pakbelang/messages

Untuk menerima e-mail dalam bentuk digest, sila hantar emel kosong ke:
pakbelang-digest@yahoogroups.com

Untuk berhenti menerima e-mail buat sementara,sila hantar emel kosong ke:
pakbelang-nomail@yahoogroups.com

Untuk kembali menerima e-mail, sila hantar e-mail kepada:
pakbelang-normal@yahoogroups.com

Pemilik:
pakbelang-owner@yahoogroups.com

Untuk melawat laman web Kumpulan YAHOO Pakbelang
http://groups.yahoo.com/group/pakbelang/

Facebook
http://www.facebook.com/pages/Pak-BelangTM/251145738231?ref=ts

Chatroom
http://chatroll.com/pakbelang
.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More