Ini adalah langkah yang baik daripada pihak Syabas. Cuma pandangan saya adalah lebih mudah jika langkah ini digerakkan secara bersepadu bersama dengan wakil rakyat / wakil penduduk. Ini kerana wakil rakyat / wakil penduduk biasanya telah mempunyai data kemiskinan kawasan mereka.
Satu yang tidak dijelaskan, apa kriteria golongan tidak mampu ini? Tanggal gaji kurang RM1,500? Kalau setakat mereka yang culas untuk membayarnya, saya kurang bersetuju mereka diberi pelepasan.
Khai
--------------------------------------
Syabas bantu golongan kurang mampu
29/05/2011 3:07pm
KUALA LUMPUR — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan memberi kelonggaran kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan golongan tidak berkemampuan dari membayar bil air sepanjang tahun, kata Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Beliau berkata, kakitangan Syabas telah diarahkan turun padang untuk membuat tinjauan dan mencari golongan susah tanpa mengira latar belakang kaum untuk mendapat kelonggaran tersebut.
"Kadang-kadang kita potong bil mereka, kita ingat mereka saja tidak mahu bayar. Sesetengah orang memang susah hendak bayar sebab masalah anak ramai atau pada masa itu dia tidak kerja, kalau kita potong saja ia akan susahkan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil pelantikan dan penghargaan kepada ketua-ketua komuniti Yayasan Nammavar Malaysia, di sini hari ini.
Rozali berkata, keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai pula akan diberi keutamaan dalam pemberian air percuma kerana keluarga ini perlu membiayai pendidikan anak-anak mereka.
"Kalau mereka tidak mampu membayar bil air, kita akan memberi secara percuma dan wang dari itu mereka boleh gunakan untuk keperluan anak-anak mereka," katanya. — Bernama
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
0 comments:
Post a Comment