"Along mana main SMS dah. Sekarang orang pakai WhatsApp lah", kata adik ku.
"Wazzup? Apa tu?", tanya ku semula.
"Bukan Wazzup lah Long. Ini WhatsApp, aplikasi mesej percuma", kata adik ku lagi.
"Ohhh! Macam BBM (Blackberry Messenger) lah", aku cuba memahami.
"A'ah betul tu", tambah adik ku yang baru membeli telefon Android barunya.
Tadi kebetulan ada teman dalam FB pun berbual perkara yang sama. Jadi, aku pun mulakan pencarian aplikasi WhatsApp ini. Yang menariknya, phone ku (Nokia) pun boleh dipasang dengan aplikasi ini. Setelah membaca maklumat tentang aplikasi WhatsApp ini, rupanya banyak kelebihannya. Yang pentingnya penghantaran mesage adalah percuma berbanding SMS (khidmat penghantaran ringkas) yang perlu dibayar antara 10-30 sen setiap satu hantaran. Keduanya, berbanding dengan BBM, ia lebih fleksibel kerana bukan hanya pengguna Blackberry sahaja boleh menggunakannya tetapi phone lain seperti iPhone, Android dan Nokia juga boleh menghantar mesage secara PERCUMA. Menarik bukan? Yang ketiganya, chat secara beramai-ramai juga dibolehkan.
Apa kata kita pasangkan WhatsApp pada phone kita semua. Layari http://www.whatsapp.com/.
Re: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus
Pelaburan Saham
-
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah
kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.
Jadi a...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment