Saya kongsikan catatan yang sampai dalam inbox saya. Mungkin boleh dijadikan contoh ikutan.
===========================================
Pengalaman membersihkan tempat sampah di Medan Usahawan Bangi. Tempat ini dah lebih 15 tahun jadi tempat buang sampah. Anehnya yang berniaga adale dua tiga kerat tapi sampah mengunung. Macam-macam jenis sampah ada. Yang tak ada orang buang anak aje. Masuk dlm paper termasuklah dalam berita tv beberapa kali.
Alhamdulillah kini kami bebas sampah. Rahsianya. Selepas Pakatan Rakyat memerintah kami semua bekerjasama antara pihak MPP dgn peniaga. Pihak MPKj bersihkan tempat itu pagi petang nanti sampah entah dari mana ada balik. Jadi kita buat kawalan. Sekali lagi suruh pihak MPKj bersihkan lepas tu kami pacakkan signboard jgn buang sampah disini. Buang sampah ditempat anda sendiri. Kami kawal secara sukarela. Menegur dan menghalang sesiapa sahaja yang membuang sampah w/pun sekecil bekas minuman. Pernah terjadi pergaduhan tapi tak serius dlm usaha kami itu.
Akhirnya kami berbangga dengan hasil sekarang. Moralnya tanggungjawab membersihkan sampah terletak pada semua. Semua orang memang nak halaman rumahnya bersih tapi jgn sampai pula buang sampah kat tempat orang lain. Pengetahuan mengenai sampah ini pula harus dijelaskan pada semua orang. Perjanjian dengan kontraktor sampah perlu difahami. Bukan semua sampah menjadi tanggungjawab mereka. Kusyen, tv buruk dan perabut tak termasuk dlm kontrak. Sampah pertanian pula hanya dikutip sebulan sekali berbanding sampah domestik 2-3 kali seminggu. Bagi kawasan apartment pula pastikan orang luar terutama peniaga tak buang sampah ditempat anda.
Semoga berjaya. BERSIHKAN Malaysia.
Re: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus
Pelaburan Saham
-
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah
kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.
Jadi a...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment