Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Wednesday, January 18, 2012

Novelis Popular Ain Maisarah Tetap Ceria Melayan Pelajar SKBSP



Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, novelis popular Ain Maisarah tampil dengan cerianya ke sekolah SKBSP tadi.
Ditemani oleh teamnya termasuklah suami beliau yang merangkap sebagai pengurus, Ain Maisarah tampil sebagai perasmi program Nilam (Nadi Ilmu Amalam Membaca) peringkat SKBSP.

Untuk yang masih tercari-cari apa itu program Nilam, secara ringkasnya ia adalah projek bagi menggalakkan murid-murid membaca buku sebagai jambatan ilmu.







Dalam ucapan Ain Maisarah, beliau telah berkongsi pengalaman sebagai penulis dan apa kelebihan sebagai penulis. Sebagai contoh, buku pertamanya melayakkan beliau mencapai royalti sebanyak RM5 ribu. Dan setelah menghasilkan 29 buku, royalti yang beliau telah kumpul berjumlah hampir setengah juta ringgit.

Selain itu beliau juga berkongsi cerita mengenai 3 penulis cilik berumur 11 hingga 15 tahun yang telah menulis buku dan telah mula mendapat royalti walaupun masih bersekolah. Bahkan jadual persekolahan mereka tidak terganggu kerana menulis semasa cuti sekolah. Disamping itu royalti yang diterima boleh dinikmati oleh anak dan cucu kita dikemudian hari. Sebagai contoh Enid Blyton (11 Ogos 1897 – 28 November 1968), royatinya menyebabkan cucu-cucunya kaya pada masa kini.

Selain itu Ain juga berkongsi matlamat dan konsep buku yang diketengahkan oleh PTS Publication Sdn. Bhd. yang menggunakan bahasa Melayu tinggi yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah. Ini boleh dijadikan rujukan dan ulangkaji kepada pelajaran bahasa Melayu dirumah.







Seterusnya Ain meluangkan masa untuk beramah mesra dengan anak-anak SKBSP termasuk menandatangani pada buku atau apa sahaja yang pelajar bawa. Sehinggakan ada pelajar yang menyerahkan bajunya untuk ditandatangani oelh Ain. Juga gelagat lucu seorang pelajar yang 3 kali tampil berjumpa dengan beliau walaupun tidak membawa apa-apa untuk ditandatangani. Sekadar dapat berbual dengan Ain, itupun sudah mencukupi.





Ain berada di SKBSP sehingga jam 11 pagi sebelum beransur pulang setelah penat beramah mesra bersama warga SKBSP.

Insya-Allah hasil daripada kehadiran Ain Maisarah dan jualan buku sepanjang 3 hari di sekolah ini, pusat sumber akan mendapat manfaat dengan sumbangan buku dari pihak pengurusan Ain Maisarah.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Ain Maisarah dan teamnya. Serta kepada guru-guru yang turut menjayakan program tadi. Tak lupa kepada anak-anak dan ibubapa masing-masing yang mana tanpa kerjasama dan sokongan semua, tidak mungkin program tadi berjaya.

Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150535352425789.395337.182228500788&type=1

PAKSI
PIBG SKBSP

http://skbandarseriputra.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More