Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Sunday, November 6, 2011

United Menang Tipis Ke Atas Sunderland



Tak nak sokong, dah jadi penyokong setia United. Tapi United sekali lagi gagal menunjukkan persembahan yang baik menentang Sunderland malam tadi. Hanya jaringan sendiri bekas pemain United, Wes Brown, menyaksikan United mengutip tiga mata mengatasi pasukan Sunderland (ada juga mengatakan ini pasukan United ke-2 kerana ramai bekas pemain United).

Rooney bermula di bahagian tengah United dengan cubaan untuk mengantikan Paul Scholes yang telah bersara. Bagaimanapun secara peribadi, Rooney tidak cukup kemahiran teknikal untuk menggantikan Scholes di bahagian itu. Rooney hebat dengan larian dan semangat yang tinggi. Tetapi tidak cukup untuk menjadi perancang utama United yang masih belum ada calonnya.





United bernasib baik mendahului Sunderland sebelum separuh masa hasil tendangan sudut Nani yang hinggap dikepala Danny Welbeck dan terus terkena kepala Wes Brown sebelum menerjah masuk ke jaring. Bagi Sir Alex Ferguson, Ahad (esok) merupakan tahun ke 25 dia bersama United yang menyaksikan pencapaian yang sangat mengagumkan. Bagaimanapun, Sir Alex hanya dapat berpuas hati dengan kemenagan tipis 1-0 mengatasi Sunderland.

Kejayaan Sir Alex
24 Kejuaraan sejak menerajui United
9,131 hari menjadi bos Manchester United
836 perlawanan dimenangi sebagai pengurus Manchester United – 59.3 peratus kemenangan
885 tampilan dibawah Ferguson di Old Trafford – Ryan Giggs
40 umuer pemain: Edwin van der Sar, perlawanan akhir Champions League
1,052 pengurus di England yang telah dipecat, berhenti atau atas persetujuan bersama sepanjang Sir Alex memegang tampuk United


Video highlight United 1-0 Sunderland

khaiatbsp

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More