Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Friday, November 18, 2011

Esok: Karnival Kesihatan dan Perasmian Legundhi Phasa 11(A)

Jangan lupa program esok.

---------- Forwarded message ----------

Sabtu ini bertempat di Pejabat Jualan Bangi Heights akan diadakan Karnival Kesihatan Komuniti Bandar Seri Putra anjuran Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan perasmian Legundi Phasa 11(A) oleh Bangi Heights Develpoments.

Majlis akan bermula jam 7.30 pagi. Antara aktiviti:

1- Aerobik
2- Free health screening (1 hari sahaja)
3- Racing car drifting demo
4- Street magician
5- Clown show (2 hari)



Berkaitan projek Legundi
==================
Sumber:http://my.news.yahoo.com/bangi-heights-launches-legundi-phase-2-114406821.html

KAJANG (Nov 14): Bangi Heights Development Sdn Bhd, a subsidiary of United Malayan Land Bhd (UM Land) will be launching the second phase of its Legundi Residensi series within the township of Bandar Seri Putra, Bangi soon.

The new phase spans 8.44 acres, has a gross development value (GDV) of RM58 million and will comprise of 52 units of 2-storey cluster houses, 16 units of 2-storey semi-detached houses and three units of 2-storey bungalows.

The 2-storey cluster units have built-up areas between 2,659 sq ft-2,780 sq ft with prices ranging from RM743,400 to RM1.2 million, while the 2-storey semi-Ds have built-up areas from 3,020 sq ft and are tagged from RM932,400 to RM1.4 million. The 2-storey bungalows have a built-up area of 3,506 sq ft with a price tag of RM1.6 million to RM1.7 million.

According to UM Land director of operations Zulkifly Garib, the second phase will be the final phase of the Legundi Residensi series.

"The second phase takes off from the first series, which is practically sold out. Value and quality remain the essence of this new product," Zulkifly said. "We have further raised our benchmark through this phase and believe that the market will see and realise this."

Legundi Residensi Series 1 was launched on April 16 and has achieved a take-up rate of 92% since, said Zulkifly adding that UM Land hopes to repeat the success of the first phase in its second phase. Sitting on 7.9 acres, the first phase comprises 65 houses, 52 units of 2-storey cluster homes, 12 units of 2-storey semidee houses and one 2-storey bungalow.

The official launch for phase 2 is slated for Nov 19 and 20. Legundi Residensi is part of the developer's ongoing township development Bandar Seri Putra and future developments in the township will include apartments, shop offices and bungalows.

Bandar Seri Putra is an integrated township spread over 898 acres of freehold land located along the KL-Seremban Highway. The township is 37km to Kuala Lumpur, 12km to Bandar Baru Bangi, 30km to Putrajaya, 35km to the Kuala Lumpur International Airport and 5km to Nilai.



Berkenaan Karnival Kesihatan

Tujuan utama adalah untuk memberikan penerangan tentang Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Diseases- NCD)
Seterusnya menyaring peserta yang berkemungkinan besar akan mendapat NCD agar secara sukarela dalam PROJEK NCDP- 1 MALAYSIA-SETTING KOMUNITI-BANDAR SERI PUTRA
Sukarelawan yang terpilih akan diberi tunjuk ajar untuk mengelakkan penyakit berkaitan NCD dengan pemantau selama 6 bulan.
Pelbagai program berkala juga akan diadakan di sini sepanjang 6 bulan program ini.
Diharap ramai sukarelawan (target 50 orang) akan tampil untuk menyertai program ini.

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT( Non Communicable Diseases- NCD)

- Penyakit Jantung
- Diabetis
- Stroke
- Darah Tinggi
- Kanser
- Penyakit Saluran Pernafasan yang kronik  ( Chronic Respiratory  Diseases)

Beban Penyakit Tidak Berjangkit (NCD )di Malaysia

- Dianggarkan kira-kira 60-70% dari jumlah kehadiran pesakit ke klinik kesihatan KKM adalah berkaitan penyakit NCD
- Penyakit NCD menyumbang kepada 20% kemasukan pesakit ke hospital KKM
- Penyakit NCD juga merupakan lima sebab utama kematian di hospital KKM sejak 10 tahun yang lepas
- Sebab utama kematian pra-matang (iaitu di bawah umur 60 tahun) juga adalah akibat penyakit NCD

Kematian akibat NCD adalah 40% daripada keseluruhan kematian di hospital KKM.


PROJEK NCDP 1 MALAYSIA - SETTING KOMUNITI - BANDAR SERI PUTRA

Objektif Umum
Menangani faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit  secara berkesan, dengan menggunakan obesiti sebagai entry point, untuk mengurangkan beban Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia.

Objektif Khusus
- Untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang amalan gaya hidup sihat serta terapi perubahan tingkahlaku untuk penurunan berat badan yang berkesan
- Mengenal pasti golongan yang berisiko melalui saringan kesihatan
- Melaksanakan intervensi bagi golongan yang dikenalpasti berisiko
- Memperkasakan komuniti dalam dari aspek amalan gaya hidup sihat melalui input dan latihan kepada komuniti setempat untuk mereka menjalankan aktiviti amalan gaya hidup sihat dengan lebih aktif secara berkala .
- Untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan peserta tentang pemakanan dan aktiviti fizikal sebelum dan selepas program intervensi.
- Mensasarkan 80% dari peserta yang menyertai program dapat mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5% dalam  tempoh 6 bulan
- Untuk mewujudkan persekitaran dalam komuniti yang menyokong amalan Gaya Hidup Sihat
- Memastikan program gaya hidup sihat dalam komuniti  dilaksanakan dan diamalkan  secara berterusan

Aktiviti saringan faktor risiko NCD
 
Aktiviti ini (Sabtu ini) adalah membuat saringan faktor risiko NCD (obesiti) dan mengenalpasti mereka yang digolongkan dalam kategori "borderline". Pakej intervensi akan disediakan kepada golongan tersebut.
 
Saringan ini meliputi saringan:
i.    Berat jisim tubuh (BMI)
ii.   Tekanan darah
iii.   Paras gula dalam darah
iv.   Paras kolesterol dalam darah
vi.   Saringan Minda Sihat

Saringan

- Semua individu dewasa berumur ? 18 tahun .
- Saringan dijalankan terhadap dewasa yang berumur ? 30 tahun yang tidak pernah didiagnosa dengan penyakit NCD  
- Dewasa yang berumur ? 18 – 30 tahun jika obes , mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit NCD atau kematian pra- matang akibat NCD.

Aktiviti intervensi faktor risiko NCD

Aktiviti intervensi dibantu oleh modul intervensi yang disediakan oleh KKM:-
- Intervensi Pemakanan Sihat
- Intervensi Senaman
- Intervensi Minda Sihat
- Intervensi Berhenti Merokok

Menyediakan pakej atau prasarana bagi menambah keberkesanan aktiviti  

i.   Kelas memasak/Dapur sihat ( Tempat disediakan oleh komuniti)
ii.   Mini gymnasium dan peralatan senaman seperti fitball, dumpbell dan pedometer , basikal ( Tempat disediakan oleh komuniti)
iii.   Aktiviti-aktiviti senaman dan pertandingan seperti senamrobik, poco-poco, taici, aktiviti berjalan kaki (10,000 langkah (komuniti  boleh menyediakan laluan/foot print bagi menarik pengguna) dijalankan secara berkala.
iv.   Aktiviti gotong royong secara berkala. Selain dapat meningkatkan aktiviti fizikal, kebersihan dan persekitaran taman dapat dipertingkatkan bagi menghindari penyakit-penyakit berjangkit seperti demam denggi, Leptospirosis, tifoid dan  Hepatitis A.

Diari kesihatan

 
Diari kesihatan akan disediakan kepada klien sebagai panduan asas dalam pencegahan faktor risiko NCD dan catatan harian untuk setiap perubahan dan amalan baik ke arah gaya hidup sihat.

Penilaian outcome

- Retention rate ( Bilangan peserta yang masih mengikuti program selepas 3 bulan dan 6 bulan)
- Peratus peserta yang dapat  menurunkan berat  5% dari  berat badan asal selepas 6 bulan
- Penurunan tahap kolestrol selepas 6 bulan
- Shift mean BMI, systolic BP, diastolic BP, blood sugar, kolestrol  selepas 6 bulan

Diharap ramai sukarelawan akan tampil untuk mengikuti projek ini.

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More