Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Mutiara Kata

Mutiara Kata 1

Mutiara Kata

Mutiara Kata 2

Mutiara Kata

Mutiara Kata 3

Mutiara Kata

Mutiara Kata 4

Motivasi Alihan Pelajar 2011

Objektif: (1)Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang. (2)Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. (3)Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Blog SK Bandar Seri Putra

Blog sekolah anak-anak SK Bandar Seri Putra

Setiap manusia akan mati

Menghadiri majlis pengebumian pakcik Dahlan

i-City, Shah Alam

Pengalaman menjejakkan kaki ke i-City, Shah Alam. Rumah sejuk dan pokok tiruan berlampu menjadi tarikan

Blog Surau Al-Hijrah

Blog Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.

Pesta Belon Udara Panas 2011

Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya. Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya. Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.

NASI MENDY DI RESTORAN PAK HJ HAMID

Istimewa Hari Jumaat: Nasi mendy, dihidangkan dengan dalca dan salsa. Pilihan lauk ayam kabsah atau kambing kabsah. Dah mencuba nasi ni. Elok untuk 3-4 orang makan. Sedap dan harap dikekalkan rasa dan kuantitinya.

Sunday, March 31, 2013

Friday, March 29, 2013

Pelbagai Aktiviti: Hot Air Balloon, Interfaith Dialogue, Bicycle Sale

1) 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013


https://www.facebook.com/myballoonfiesta?group_id=0


2) HARI KOMUNIKASI ANTARA AGAMA 2013 (INTERFAITH DIALOGUE 2013)




Kelab Perkim UKM dengan kerjasama Pusat Islam UKM mempersembahkan..

Dialog yang menjana keintelektualan mahasiswa/i UKM..

HARI KOMUNIKASI ANTARA AGAMA 2013 (INTERFAITH DIALOGUE 2013)

dengan tema universal :

{SEMUA AGAMA MENOLAK KEGANASAN}

akan menggegar DECTAR UKM pada 31 MAC 2013

~Menjalin Kasih, Menyimpul Persaudaraan~


3) Lerun Warehouse Sale is back!


Kenangan bersama Ustaz Don di Surau Al-Hijrah



Alhamdulillah kuliah Maghrib semalam berjalan dengan lancar dengan dewan surau dipenuhi mulimin dan muslimat sehingga melimpah keluar. Maaf jika ada yang kurang selesa terutama yang terpaksa bersolat Isyak di atas batu kerikil. Insya-Allah fasa ke-2 pembangunan surau sedang diusahakan. Sumbangan muslimin muslimat amat dihargai. Juga terima kasih kepada semua yang menyumbang makanan dan minuman malam tadi. Semoga kita semua diberkati Illahi dan surau kita meriah dengan pelbagai majlis ilmu.





















Gambar selebihnya dalam album ini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152702943775176.1073741831.329327610175&type=1

Atau terus ke facebook surau: https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp

Thursday, March 28, 2013

Surau Al-Hijrah: Bersama Ustaz Don 28 Mac 2013 (MALAM INI)

InsyaAllah MALAM INI...jemput semua ke Surau Al-Hijrah



Pihak surau juga mengalu-alukan sebarang sumbangan juadah.

Wednesday, March 27, 2013

Surau Al-Hijrah: Bersama Ustaz Don 28 Mac 2013 (ESOK)



ESOK!

Kuliah Maghrib Bersama

Ustaz Don Daniyal

Khamis - 28 Mac 2013

Surau Al-Hijrah
Bandar Seri Putra

* Pembetulan pada gambar, tahun 2013 dan bukannya 2012

Saturday, March 23, 2013

Kejadian Jenayah: Tingkatkan Keselamatan

Inline images 1

Mohon warga Putra-Mahkota tingkatkan keselamatan

Makluman Jenayah Putra-Mahkota
======================

Coprl amin wrote: Assalamualaikum, Untuk makluman pecah rumah telah berlaku di bukit mahkota, suspek 3 lelaki, seorg berbadan tegap dan tinggi, seorg berbadan dan kurus dan pendek, menaiki kereta vios warna silver, harap pihak tuan dapat brjaga2, dan memberi kerjasama untuk kesenangan semua. Terima kasih.

Friday, March 22, 2013

PPBSP: Gotong-Royong Perdana BSP 2013 - Siri ke-3 (Sabtu, 23 Mac)

Inline images 1
** Tempat berkumpul telah ditukar daripada hadapan SRABSP kepada SMKBSP.
** JEMPUT SEMUA WARGA BSP


PER: GOTONG-ROYONG PERDANA BSP 2013

 

Sukacita dimaklumkan pihak PPBSP akan mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu Gotong-Royong Perdana BSP 2013 pada 9, 17 dan 23 Mac 2013.

 

2.      Butiran program ini adalah seperti berikut:

 

a.       9 Mac 2013 Sabtu – kawasan bangunan kedai 3 tingkat dan jalan sekitarnya

b.      17 Mac 2013 Ahad – kawasan bangunan kedai 1 tingkat dan jalan sekitarnya

c.    23 Mac 2013 Sabtu – sepanjang jalan Persiaran Putra 1 dan 2 (berkumpul hadapan SMK dan bukannya SRA).

 

3.      Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput bersama menjayakan program ini dan juga kami sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi sumbangan bagi membiayai sebahagian kos program.

 






Thursday, March 21, 2013

Surau Al-Hijrah: Bersama Ustaz Don 28 Mac 2013 (Khamis malam Jumaat)

Insya-Allah sebagai makluman awal, Ustaz Don akan menjejakkan kaki ke Surau Al-Hijrah Khamis depan (28 Mac).

Jemput ramai-ramai.

Mohon Sumbangan Pembangunan Surau SRABSP

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 4

Inline images 3

Insya-Allah projek bagi tahun 2013 adalah membangunkan SURAU sekolah. Berikut adalah beberapa aktiviti untuk dilaksanakan bagi mendapatkan kewangan diperlukan. Anggaran sebanyak RM162,000.


- Dermathon (terbuka)
- "Sehari Sepuluh Sen" (mengalakkan anak-anak menderma)
- Surat sumbangan Agensi kerajaan, korporat dan individu.
- Taman Tema (Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah)
- Carboot Sale
- Majlis makan malam dan persembahan

Cek boleh ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra dan boleh dihantar ke alamat:

SRA D'Sentral Bandar Seri Putra
Jalan Seri Putra 2/1,
Bandar Seri Putra, Bangi,
43000 Kajang,
Selangor

(Jika perlu kami boleh menguruskan pengambilan cek)

Sumbangan boleh juga disalurkan secara online ke akaun PIBG di Bank Muamalat bernombor 1408-0000-626-717.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Iqbal 012-656 3033

Mohon bantuan semua.


Lagi gambar dokumen sumbangan di sini: Mohon Bantuan Bagi Pembinaan Surau SRABSP

Jom pi pasar pagi Ahad @ Dataran At-taqwa (tapak masjid at-taqwa)

Assalamualaikum,
Pasar Pagi telah bermula di tapak masjid at-taqwa bdr bukit mahkota pada 17 Mac 2013, jam 7-11 pagi. Ini sebagai merealisasikan aktiviti sementara di tapak tersebut sebelum pembinaan masjid dimulakan. Pada masa yang sama, kutipan derma juga telah dilakukan. Kutipan derma masjid pada pasar pagi 17 Mac 2013 berjumlah RM 1003.00.

Jumpa lagi pada 24 Mac 2013 (12 Jamadil Awal 1434).

Aktiviti pasar pagi ini adalah sebahagian usaha untuk mengumpul dana masjid disamping mengimarahkan tapak masjid dengan adanya pasar pagi (setiap ahad) & car boot sales (minggu 1 & 3 setiap Ahad).Semoga usaha2 yang baik ini diterima sebagai amal oleh Allah, in shaa Allah.  :) :) :)

Multimedia University June 2013 Intake

Inline images 1

Multimedia University is pleased to announce June 2013 Intake!

Application Open: NOW!
Registration Date: 26 May 2013
Classes Commencement Date: 3 June 2013

For more info please visithttp://www.mmu.edu.my/index.php?req=56&artid=256

Monday, March 18, 2013

Cadangan Pembinaan Surau Al-Hijrah Fasa ke-2





Alhamdulillah Surau Al-Hijrah telah berwajah baru dan kini telah pun mula digunakan. Bagaimanapun melihat kepada keperluan semasa dan juga keperluan untuk bulan Ramadahan mendatang, pihak jawatankuasa bercadang untuk melaksanakan pelan perancangan Fasa ke-2 surau dalam masa terdekat. Insya-Allah dengan sokongan semua, projek fasa ke-2 ini dijangkan siap sebelum bermulanya Ramdahan dan juga tidak akan menganggu dewan utama surau sedia ada.



Ini adalah layout terkini (18/3/13) cadangan tambahan ruang solat terbuka, 40 kaki tambahan kebelakang daripada dewan solat utama sekarang. Anggaran keseluruhan projek RM130 ribu. Mohon bantuan semua untuk merialisasikannya.

Berikut adalah beberapa program yang telah dijalankan semenjak pembukaan semula surau. Terima kasih yang telah menyumbang. Moga Allah membalas jasa kalian.












Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More