Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Monday, March 18, 2013

Dari Blog YB: Sambutan 10 Tahun Bandar Seri Putra

Sambutan 10 Tahun Bandar Seri Putra

-->

Bandar Seri Putra, 04 Rabiul Awal 1434 = 16 Mac 2013 (Sabtu):

Perhatian Adun terhadap Bandar Seri Putra sejak awal Bandar ini dibangunkan, iaitu semasa Adun Bangi menjadi Adun Kajang (1999-2004). Pada masa itu sebagaimana Bangi berada di bawah Dun Kajang, demikianlah juga dengan Bandar Seri Putra. Bandar ini dibangunkan sejak 2000, tetapi mulai dihuni pada sekitar tahun 2002. Pada peringkat permulaan ramai dari pembeli-pembeli datang menghuni pada hujung minggu, kerana di sini masih tiada kemudahan, baik dari segi mendapat barangan, kerana belum ada kedai dibuka, lebih-lebih lagi belum ada Sekolah Rendah dan Menengah. Pada peringkat permulaan, Adun Kajang sering menerima aduan tentang tiadanya keselamatan di Bandar Seri Putra. Berbagai desakan permulaan yang Adun terima, seperti mendesak agar didirikan Balai Polis, Klinik Kesihatan, Sekolah dan sebagainya. Al-hamdulillah kini Bandar Seri Putra menjadi Bandar teratur, bersih dan mempunyai berbagai-bagai kemudahan.


Sejak menyedari bahawa dengan tibanya 2013, Bandar Seri Putra sudah berusia 10 tahun, maka dalam satu pertemuan dengan Tuan Haji Ahmad Yusof di Pejabat Adun, maka Adun mencadangkan agar diadakan sambutan 10 tahun usia Bandar Seri Putra. Melalui sambutan ini dapat diadakan berbagai kegiatan kemasyarakatan yang boleh mengeratkan hubungan antara Persatuan Penduduk dan hubungan Adun dengan Persatuan dan juga penduduk. Dalam pertemuan itu, jika sambutan hendak diadakan, maka Adun sedia menyalurkan peruntukan bagi kegiatan tersebut. Tuan Haji Ahmad selaku Pengerusi Induk Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra bersetuju dengan cadangan Adun. Tuan Haji Ahmad diminta membuat kertas proposal beserta dengan kegiatan-kegiatan yang hendak diadakan. Kertas yang dihantarkan, telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kewangan Mingguan Adun dan bersetuju Pejabat Adun memperuntukkan kewangan sebanyak RM10.000. Pihak Persatuan Penduduk mengatur program sebagaimana berikut:


Gotong Royong Perdana 3 Siri

  1. 8.3.2013    sekitar kawasan komersil dan kedai-kedai
  2. 17.3.2013  Sekitar Kedai Seksyen 5 Bandar Seri Putra
  3. 23.3.2013 Sekitar kedai dan perumahan

Hari Keluarga

16.3.2013 bertempat di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.

Pada 8.3.2013 Adun berkesempatan hadir Program Gotong Royong yang dianjur oleh Persatuan Penduduk yang diketuai Tuan Haji Ahmad bin Yusof sendiri dengan kerjasama, Syarikat Gior Entreprise Cleaning Contractor, diketuai Puan Yasmin bt. Daud (5 orang Cleaner), Pengurus Perbadanan Township Bangi Height diketuai En. Ng bagi pihak Pengurus Besar dan pekerja-pekerja dan kerjasama pihak MPKj yang diketuai Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj yang berjaya menyumbang 3 buah lori. Pekerja-pekerja semua lebih kurang 30 orang. Tumpuan kerja di bahagian Kedia Dua Tingkat berhadapan Pejabat Pas Cawangan Seri Putra.


Pada pagi 16.3.2013 Sabtu ini Adun menghadiri Karnival Hari Keluarga bertempat di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra yang begitu mendapat sambutan. Hadir pada pagi ini Tuan Haji Ahmad, Tuan Haji Mazwan, En. Iqbal Pengerusi PIBG Sekolah, Tuan Haji Rohim Arzok Pengarah Pertandingan, Dr. Ishak Pengarah Sukanika, saudara Mustafa, Zulkifli Ambak dan hadirin lebih kurang 1,500 orang yang ramai daripada mereka anak-anak Sekolah yang memeriah sambutan. Mereka menyertai berbagai program, khususnya bagi kategori anak-anak Sekolah. Adun difahamkan program bermula dari pagi dengan Kayuhan Kasih (basikal) dengan peserta orang lelaki dewasa berjumlah 120 orang. Mereka bergerak dari Sekolah ke dua buah surau sambil menyampaikan bantuan kepada warga emas dan yang uzur. Terdapat acara-acara lain lagi untuk kategori Dewasa.


Di kawasan Sekolah dari pagi hingga kini jam 11.00 semasa Adun tiba terus berlangsung berbagai jenis sukan disertai anak-anak Sekolah dan juga peraduan melukis anak-anak. Untuk peraduan keseluruhan peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan pertandingan. Adun dijemput sama mencabut no-no bertuah dan menyampaikan hadiah di samping dicabut oleh jemputan-jemputan yang lain. Keadaan amat meriah dengan anak-anak bersesak-psesak ke hadapan untuk mempastikan mereka mendapat hadiah atau tidak. Mereka amat teroja apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat hadiah.


Ketika Adun diminta menyampaikan ucapan, Adun memuji Pengerusi Penduduk Tuan Haji Ahmad berjaya mengadakan Karnival Hari Keluarga dengan kerjasama berbagai pihak, termasuk sponsor dari berbagai pihak. Kita bersyukur kini Bandar Seri Putra menjadi sebuah Bandar Bersih, Menarik dan menjadi pilihan untuk dihuni penduduk-penduduk. Bandar Seri Putra hingga kini telah mempunyai keperluan-keperluan utama seperti Sekolah, Klinik, Balai Polis, Sekolah Rendah, Menengah dan Sekolah Agama,  Jalan-jalan yang sempurna, Sekitaran Hijau dan Bersih, Pusat Komersil memudahkan mendapat keperluan barang, banyak surau-surau, Cuma belum ada masjid dan sedang diuasahakan untuk pembinaan masjid yang tapaknya sedang dibangunkan. Adun berharap mendapat sokongan penduduk bagi menyegerakan pembinaan.


Kita hari ini mengadakan Sambutan 10 Tahun Bandar Seri Putera sebagai ingatan dan kesyukuran kepada Allah dan mengharapkan penghuni sama peka menjaga suasana dan keadaan Bandar Seri Putera terus terjaga dan bersih. Adun mengesyorkan agar Persatuan mengambil bahagian dalam pembangunan dengan membeli asset seperti bangunan komersil melalui koperasi agar penduduk melalui koperasi dapat memiliki hartanah komersil sebagai milik bersama. Adun juga mengesyorkan agar diadakan pertandingan menulis bagi mendapat cadangan peserta-peserta apa yang mereka mahu dan cadangan bagi pembangunan dan perkembagan Bandar Seri Putra. Hasil dari pertandingan dapat diterbitkan sebagaimana Adun lakukan di Bandar Baru Bangi. Adun sedia bekerjasama untuk menjayakan projek ini. Berikut dari itu Adun juga lancarkan Derma Pembinaan Surau Sekolah.


Adun bersama AJK menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang berbagai kategori. Kemenangan secara menyeluruh adalah sebagaimana berikut:
Johan  Pasukan  Orange
Naib Johan        Biru
Ketiga               Kuning
Keempat           Merah
Kelima              Hijau.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More