Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Thursday, September 20, 2012

Sumbangan Anda diperlukan untuk Projek Amal di Kemboja / Your Contribution is Needed for a Charity Event in Cambodia




 


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera warga MMU sekalian,

 

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa para pelajar Universiti Multimedia tajaan biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Multimedia akan menganjurkan satu program amal ke Kemboja iaitu Pyea-Baal Cambodia (Care Cambodia)

 

Butiran mengenai program amal berkenaan adalah seperti yang berikut:

Tarikh       : 13 - 20 Oktober 2012

Tempat     : Kampung Thmei, Daerah Kratie, Wilayah Kemboja

 

Kemboja dipilih kerana tahap kemiskinannya lebih tinggi berbanding negara-negara sedang membangun yang lain. Kemiskinan di Kemboja sangat kritikal disebabkan kekejaman dan peperangan yang dialami selama bertahun-tahun. Dianggarkan 14,000 hingga 24,000 kanak-kanak tinggal di tepi jalan. Di Phnom Penh sahaja, ada 10,000 hingga 20,000 orang bekerja dan tinggal di tepi jalan.

 


Gambar di atas: Seorang ibu sedang menyuap anaknya sementara seorang anak lagi tidur di dalam kart keluarga (6 Februari di Phnom Penh, Cambodia). Mereka tidur di jalanan bersama 30 keluarga lagi yang hidup dengan meminta sedekah, mengumpul sampah dan menjual makanan. Gambar adalah ihsan Getty Images / Paula Bronstein.

 

Objektif program ini adalah untuk:

- Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pelajaran dan kesihatan di kalangan penduduk di Kemboja.

- Untuk membina hubungan yang baik antara pelajar Malaysia dan penduduk kampung di Kemboja.

- Untuk memberi sumbangan dari segi keperluan asas kepada penduduk setempat.  

Sehubungan dengan ini, kami sedang menjalankan Projek Wakaf, iaitu segala sumbangan dana dihulurkan akan digunakan untuk membeli barang keperluan yang diperlukan oleh penduduk kampung. Ini adalah untuk meringankan beban mereka dan membantu mereka untuk mempunyai hidup yang lebih selesa.

Untuk memberi sumbangan, berikut adalah cara-cara untuk menyumbang:

 

1) Emailkan butiran-butiran peribadi anda ke sponsorcambodiammu@gmail.com seperti berikut:

    Nama: 

    Alamat:

    No. telefon:

    Emel:

 

2) Nyatakan barang wakaf yang ingin diwakaf (barangan seperti yang tertera dalam poster berserta kuantiti) 

    Contoh:        School pack - 5

                       Muqaddam - 1

 

3) Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami:

     No. akaun       : 1242-0002601-201 (CIMB)
     Nama akaun    : Pyea-Baal Cambodia

4) Sila sertakan print screen transaksi CIMB Clicks/Maybank2u sebagai bukti pembayaran atau scan slip deposit sebagai bukti pembayaran. 

 

Selain itu, pihak kami juga menganjurkan program aqiqah kepada yang berminat. Penduduk Kemboja yang daif tersebut jarang mendapat peluang untuk makan makanan yang sihat. Dengan menjalankan ibadah aqiqah di sana, kami berharap agar dapat memberi peluang kepada penduduk Kampung Thmei untuk mendapat makanan yang sihat. Untuk menjalankan ibadah aqiqah, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan borang dan teruskan dengan pembayaran ke akaun yang berikut:

 

No. akaun            : 1242-0002304-207 (CIMB)

Pemegang akaun : Che Siti Amalina Binti Che Ghani dan Wiyana Binti Kadderi

 

Untuk pengecualian cukai, anda boleh meminta resit daripada kami dengan memberikan butiran peribadi  anda yang lengkap. Untuk maklumat lanjut, komiti-komiti berikut bersedia untuk dihubungi:


i) Naim Bin Roslan (Ketua Biro Tajaan)

   Emel: sponsorcambodiammu@gmail.com; Telefon: 017-232 9057

ii) Siti Hajar Binti Shafii (Biro Tajaan)

   Emel: sponsorcambodiammu@gmail.com; Telefon: 017-520 3804

 

Kami berbesar hati untuk menerima panggilan atau sumbangan daripada anda.

 

Terima kasih.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang berikut:

Facebook

Twitter

Blogspot

 


Unit Komunikasi Korporat 

Universiti Multimedia

 



Dear colleagues,

 

Kindly be informed that students from Multimedia University sponsored by Yayasan Telekom Malaysia (YTM) in collaboration with the Students Affairs Division of the university will be organising a charity event called Pyea-Baal Cambodia (Care Cambodia). 

 

The details of the event are as follows

Date        : 13 - 20 October 2012

Venue     :  Village of Thmei, Kratie District, Kingdom of Cambodia

 

The reason why Cambodia is chosen is because its poverty line is higher as compared to other developing countries. Poverty in Cambodia is dire due to years of terrorism and civil war. There are approximately 14,000 to 24,000 children living on the street. In Phnom Penh alone, there are between 10,000 to 20,000 people living and working on the street. 

 



Picture above: A mother feeds her baby while another one sleeps in the family cart Feb. 6, in Phnom Penh, Cambodia. They sleep on the streets along with about 30 other families who survive by begging, collecting garbage and selling food. Getty Images / Paula Bronstein

 

The objectives of the programme are:

- To increase awareness on the importance of education and health among the citizens of Cambodia.

- To foster a good relationship between Malaysian students and the villagers of Cambodia.

- To contribute in upgrading the facilities and basic needs of the locals.

 

In conjunction with this programme, we are conducting Projek Wakaf, a project where the money contributed will be used to buy necessities needed by the villagers This is to ease their burden and help them to have a more comfortable living. 

 

To contribute, here are the ways to contribute:

 

1) E-mail your personal details to sponsorcambodiammu@gmail.com as follows: 

Name:

Address:

Telephone:

E-mail

 

2)  I would like to contribute (Items as shown in the poster and quantity):

     Example: School pack - 5  

 

3) Payment can be made to our account: 

     No. account              : 1242-0002601-201 (CIMB) 

     Name of account       : Baal Pyea Cambodia

 

 

4) Please attach the print screen of your CIMB Clicks/Maybank2u transactions or scan the deposit slip as an evidence of your payment. 

 

In addition, we are also organising an aqiqah programme. The villagers rarely get the chance or have enough money to eat proper food. By performing aqiqah there, we hope that they will get to eat proper food. To perform aqiqahyou may click here to get the form and proceed with the payment to the following account: 

Account number       : 1242-0002304-207 (CIMB)

Account holders       : Che Siti Amalina Binti Che Ghani and Wiyana Binti Kadderi

 

For tax exemption, you may request your receipt from us by giving your personal details. 

 

Should  you have any further inquiry, do not hesitate to contact any of the following committee members:

i) Naim Bin Roslan (Head of Sponsorship Bureau)

   Email: sponsorcambodiammu@gmail.com; Contact: 017-232 9057

ii) Siti Hajar Binti Shafii (Sponsorship Bureau)

   Email: secretarycambodiammu@gmail.com; Contact: 017-520 3804

 

We look forward to hearing from you.

 

Thank you.

 

For more information please visit the following website:

Facebook

Twitter

Blogspot

 


Corporate Communications Unit

Multimedia University


 


0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More