Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Friday, August 3, 2012

Pengemis Menipu - Mohon Pihak Berwajib Buat Pemantauan


Salam sdra, saya turut bersetuju dgn pandangan yg saudara nyatakan. Memang dlm bulan Ramadhan al- Mubarak ini sangat digalakkan umat Islam itu bersadaqah kerana terlalu banyak manfaatnya, termasuk menghapuskan dosa2. Cuma masalahnya, ruang yg ada itu digunakan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab ini utk menipu umat Islam khususnya warga BSP dan BM juga dgn mgmbil kesempatan di atas kemurahan hati para pemberi sadaqah di sini. Suka dicadangkn agar dibuat 2-3 kali operasi khas di Bazar Ramadhan itu dlm bulan puasa ini dgn kerjasama PPBSP, PDRM, Jabtn Kbajikn Msykt, dan JAIS utk mneliti perlakuan pihak2 yg tdk bertanggungjawab ini agar jika tidak dapat dihapuskan sepenuhnya akan dapat mengurangkan kes2 yg serupa.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Faisal Hj A.Sabri
Putra Terrace



 

Assalammualikum.

Apabila membaca berita pengemis bukan Islam yang menyamar dalam kesempatan orang Islam berlumba-lumba melakukan ibadah, saya tidak terkejut. Adalah dua tiga pengalaman berhadapan dengan pengemis. Antara pengemis yang lari apabila didatangi oleh AJK masjid. Bukannya tidak kasihan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Tetapi terlalu banyak kes-kes penipuan pengemis ataupun pengemis-pengemis ini didalangi oleh sindiket-sindiket. Juga, Islam menuntut agar kita tidak mengemis dan meminta-minta.

Bila melihat kepada pengemis-pengemis di Bazar Ramadan Bandar Seri Putra (BSP) semasa lawatan kali pertama, timbul belas kasihan. Selang beberapa hari selepas itu, lawatan kedua saya amat memeranjatkan kerana semakin banyak pengemis. Kalau boleh dikiaskan, kalau selepas terjatuh terlanggar pengemis pertama, bila bangun akan terlanggar pengemis kedua. Begitu ramainya pengemis di Bazar Ramadan BSP.

Bukan sahaja pengemis yang kita ragui, tetapi kutipan derma madrasah-madrasah yang semakin banyak juga dilihat.

Ini sekadar pandangan saya. Tak salah untuk menghulur derma kepada mereka-mereka ini. Cuma kalau didermakan kepada tempat yang kita confirm betul adalah lebih baik. Sebagai contoh, dana Masjid Al-Mustaqim BSP masih memerlukan sumbangan semua. Diseru agar kita sama-sama menyumbang kepada dana masjid ini agar semakin cepat dibangunkan.

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
BANK ISLAM: 1202-9010-0595-85
MAYBANK ISLAMIC 5628-3450-4024
.
CIMB ISLAMIC 12-3700-006-081-08
.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.


========================================================

Ramadhan: Pengemis Bukan Islam Ini Menyamar ..

from Ibnu Hasyim by Ibnu Hasyim


DUA pengemis berketurunan Cina menutup muka ketika ditahan penguat kuasa di Bazar Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor kelmarin.


SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.

Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh. Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan.

Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari. Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.

"Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
"Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
"Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu," katanya.(Kosmo)


http://www.ibnuhasyim.com/2012/08/ramadhan-pengemis-bukan-islam-ini.html

__._,_.___
Recent Activity:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.


SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.

__,_._,___

0 comments:

Post a Comment

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More