Jalan Tak Diselenggara Adun Bangi Bersama Persatuan Penduduk Atasi Masalah
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/02/jalan-tak-diselenggara-adun-bangi.html
Impian Putera-Jalan Ke Pekan Bangi, 03 Rabiul Akhir = 25 Februari (Sabtu):
Telah lama aduan sampai kepada Adun Bangi, bahawa Jalan Impian Putera yang masih di bawah tanggungjawab pemajunya tumbuh dan dinaiki semak samun dan jalan melalui jambatan ke Pekan Bangi rosak dan berlopak terutama selepas jambatan ke Pekan Bangi. Aduan telah disampaiakn kepada pihak MPKj dan JKR, bahawa jalan yang banyak digunakan penduduk dikedua belah pihak ini patut dibaiki. Adun sendiri telah turun meninjau di kedua belah pihak jambatan, beberapa minggu sebelum ini bagi mempastikan keadaan.
Jalan Impian Putera yang naik semak samun, ialah akibat dari pemajunya yang tidak memberi perhatian pada membersih jalan-jalan berkenaan. Akibatnya lalang dan semak samun tumbuh tinggi, menghalang pandangan dan boleh membahayakan. Manakala jalan dari jambatan ke Pekan Bangi, didakwa jalan ini sebagai ``Land of no man` - Jalan berkenaan bukan di bawah selenggaraan MPKj atau JKR. Jalan ini pada peringkat awal membangunkan Taman Impian Putera, pihak Pemaju dari Anak Syarikat Perangsang memohon membuat jalan sementara untuk dilalui kenderaan Syarikat bagi membawa bahan-bahan binaan bagi membina rumah di Impian Putera. Syarikat berkenaan membina jambatan bagi kemudahan penghantaran barang-barang.
Walau bagaimana jalan yang awalnya untuk membawa barang-barang pembinaan ini menjadi popular dan jalan pintas yang selesa bagi pergi dan datang. Tapi jalan selepas jambatan ke Pekan Bangi ini adalah melalui tanah milik persendirian yang membenarkan penggunaan secara sementara. Oleh kerana jalan menggunakan tanah pemilik orang, maka pihak MPKj dan JKR tidak bertanggungjawab bagi membaiki jalan berkenaan.
Oleh kerana aduan berterusan diterima, maka Adun bersama Persatuan Penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad bin Yusof juga Ungku Faisal dan yang lain berjumlah 20 orang turun pagi ini turun bergotong royong menebas dan membersih kawasan dari semak samun. Adun juga mengeluarkan peruntukan bagi mengetar dan menurapkan jalan yang rosak. Perjalanan gotong royong berjalan dengan baik sehingga jalan yang penuh semak samun bertukar menjadi bersih dan mengurangkan bahaya tidak nampak bagi yang berkenderaan. Sampah-sampah diangkut oleh lori yang disewa khas bagi membuang sampah.ke tempat pembuangan sampah
Maka untuk membaiki jalan pihak persatuan penduduk berurus dengan Syarikat saudara Nathan di jalan Reko bagi membeli dan membawa minyak tar ke sini. Adun turut bersama melihat gotong royong dan kerja menurap jalan yang dilakukan oleh Syarikat saudara Nathan. Menurut saudara Ungku Faisal, ``Lebih kurang 17 tempat yang perlu kepada penurapan.`` Adun meminta pihak persatuan memastikan penurapan berjalan dengan betul dan bermutu. Gotong royong dapat disiapkan pada tengahari jam 12.00, manakala bagi penurapan berterusan hingga ke petang.
Persoalan yang penting untuk kali ini Adun dan Persatuan Penduduk bergotong royong membersih dan menurap jalan. Bagaimana dengan masa depan, apakah bergantung pada Adun dan Persatuan Penduduk mengambil perhatian. Pihak Pemaju dan Berkuasa Tempatan perlu mengambil inisiatif bagi menyelenggarakan pembersihan sampah dan pembaikan jalan yang rosak berkenaan. Apa lagi dimaklumkan bahawa apabila jalan flyover dari jalan Bangi-Semenyih akan merentangi jalan lama, maka sebelum jalan itu siap, maka jalan ini satu-satunya akan digunakan bagi perjalanan dari Pekan Bangi ke Impian Putera dan Bandar Seri Putera, maka jika jalan ini tidak diselenggarakan dengan baik, khususnya digunakan oleh lori-lori, maka dijangka akan segera rosak. Bahkan jika jalan flyover dari jalan Pekan Bangi-Semenyih ke Bandar Seri Putera siap, maka jalan ini tetap digunakan, sekurang-kurangnya bagi kawasan Pekan Bangi ke Impian Putera dan sebaliknya, sebab itu jalan ini seharusnya diselenggara secara berterusan dan status penukaran pemilikan tanah menjadikan ianya jalan awam hendaklah diatasi.
Sekian.
Re: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus
Pelaburan Saham
-
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah
kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.
Jadi a...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment