Alhamdulillah sebentar tadi telah berjalan kelas renang seperti yang dijadualkan.
Seramai 23 orang telah mendaftarkan diri. Ada yang siap berpakaian renang. Tetapi ada juga yang sekadar mendaftar dan akan mengikutinya mulai esok. Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan memberi sokongan. Masih ada 2 kekosongan jika ada yang berminat (boleh terus datang pagi esok)
Seperti yang dimaklumkan, kelas renang tersebut akan berjalan selama 7 hari. Berikut jadualnya.
Sabtu 3 Dis: 8 -10 pagi
Ahad 4 Dis: 8 - 11 pagi
Isnin-Jumaat (5-9 Dis): 8 - 11 MALAM.
Jumlah keseluruhan 20 jam.
Ada juga ibubapa yang bertanyakan mengenai kelas renang untuk anak-anak.
Setelah berbincang dengan tenaga pengajar, tuan-puan ada 2 opsyen.
1- Mengikuti kelas renang sedia ada. Setiap sabtu 8.30 pagi. Bayarannya RM80 untuk 4 sesi. Setelah habis 4 sesi, boleh sambung lagi untuk 4 sesi seterusnya. Begitulah sehingga pandai. Pendaftaran di sini: http://www.ezi2swim.com/kelas-renang/
2- Biro Sukan dengan suka citanya menganjurkan kelas renang intensif (untuk anak-anak) jika mendapat sekurang-kurangnya 10 orang peserta. Dicadangkan untuk diadakan pada waktu siang atau malam hari bekerja. Jam belajar keseluruhan 8 jam dengan yuran penyertaan dianggarkan RM200 (belum confirm). Berminat bolehlah menghubungi saya Khai 012.2655.203 atau email khaiatbsp@gmail.com atau terus isi borang di sini https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEZheU9fc3FlOVZzRlotWFlXYnoxdHc6MQ.
Dikongsikan gambar.
p/s: Bengkel Coklat petang ini masih ada kekosongan. Sila hadir ke surau As-Syakirin jam 2 petang jika berminat.
Re: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus
Pelaburan Saham
-
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah
kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.
Jadi a...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment