Menggunakan buku yang sama, anak saya berjaya mencuba resepi keduanya semalam. Kali ini menu dipilih adalah "Sandwic Santapan Enak". Penggunaan "salami" ayam dan daging bagi resepi ini sedikit mencabar kerana sama ada ianya sukar didapati atau diragui status halalnya. Maka, apabila isteri saya menjumpai "salami" yang diyakini halal, barulah dibeli dan mencuba resepi ini. Walaupun, nampak mudah untuk orang dewasa, tetapi ianya mencabar bagi kanak-kanak. Ianya juga sebagai salah satu cara untuk memupuk minat anak-anak mula memasak dengan menghidangkan makanan yang mudah dan sedap dimakan. Mungkin ada ibu-ibu lain ingin mencuba resipi ini.
Ini menunya.
Ini pula cara-caranya.
Ini pula yang berjaya disediakan.
Nota: Kena ajar lagi cara memotong timun agar lebih nipis. Ni tebal betul.
-Khai-
0 comments:
Post a Comment