Alhamdulillah pada Ahad lepas, 8 Ogos 2010, Surau Al-Hijrah telah mengadakan Majlis Gotong-royong Menyambut Kedatangan Ramadhan 1431H.
Majlis telah berlangsung sehari suntuk dengan pelbagai program telah dilaksanakan.
PAGI
Pada sebelah pagi, majlis gotong-royong telah dibuat diluar dalam dalam surau. Ini termasuk menanam ubat pembunuh anai-anai di sekeliling surau, memotong/mencantikkan pokok sekitar surau, membersih/baiki paip wuduk & tandas, mencuci lantai simen surau dan sebagainya. Sambutan dari ahli karyah sangat membanggakan dan jamuan disediakan sangat enak.
LEPAS ZOHOR
Manakala selepas zohor pula diadakan gotong-royong memasak untuk makan sebelam malam. Antara juadah yang disediakan adalah masak daging GULAI KAWAH, acar timun dan nenas dan ikan kering. Bubur kacang dengan durian juga disediakan sebagai pengalas perut para sukarelawan.
MALAM
Sebelah malam pula telah diadakan majlis tahlil arwah dan taklimat Ramadhan.
Antara pengisian taklimat Ramadahan adalah berkaitan perancangan surau sepanjang Ramadhan. Pengagihan bubur lambuk pada hari bekerja bermula 6 petang, terawikh 8 rakaat, majlis tahlil selepas Isyak, tazkirah sekali-sekala selepas rakaat keempat, imam muda daripada KUIS adalah antara yang dimaklumkan. Bagi ahli karyah yang ingin menyumbang untuk berbuka puasa dan moreh, boleh melengkapkan jadual buka puasa dan moreh di papan tanda surau.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan berkemas.
"Semangat bergotong-royong memperkuatkan kejiranan dan kariah"
Album gambar di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=471461&id=329327610175&ref=mf
http://www.facebook.com/album.php?aid=471567&id=329327610175&ref=mf
-Khai@BSP-
Re: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus
Pelaburan Saham
-
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah
kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.
Jadi a...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment