Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Mutiara Kata

Mutiara Kata 1

Mutiara Kata

Mutiara Kata 2

Mutiara Kata

Mutiara Kata 3

Mutiara Kata

Mutiara Kata 4

Motivasi Alihan Pelajar 2011

Objektif: (1)Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang. (2)Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. (3)Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Blog SK Bandar Seri Putra

Blog sekolah anak-anak SK Bandar Seri Putra

Setiap manusia akan mati

Menghadiri majlis pengebumian pakcik Dahlan

i-City, Shah Alam

Pengalaman menjejakkan kaki ke i-City, Shah Alam. Rumah sejuk dan pokok tiruan berlampu menjadi tarikan

Blog Surau Al-Hijrah

Blog Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.

Pesta Belon Udara Panas 2011

Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya. Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya. Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.

NASI MENDY DI RESTORAN PAK HJ HAMID

Istimewa Hari Jumaat: Nasi mendy, dihidangkan dengan dalca dan salsa. Pilihan lauk ayam kabsah atau kambing kabsah. Dah mencuba nasi ni. Elok untuk 3-4 orang makan. Sedap dan harap dikekalkan rasa dan kuantitinya.

Thursday, August 9, 2012

Jawatan Kosong di Taska Tunas Al-Fatih

Jawatan Kosong di Taska Tunas Al-Fatih :

Penyelia Taska (Wanita)
- Muslimah bujang / berkahwin / ibu tunggal
- Kelayakan minima SPM / STPM
- Mempunyai pengalaman bekerja di taska dan / atau telah lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
- mempunyai sifat kepimpinan
- berani belajar perkara baru

TARIKH TUTUP : 15 Ogos 2012

Sila hubungi : Teacher Iman (tchr.iman@gmail.com) untuk memohon.

Tolong sebarkan ye !

Tuesday, August 7, 2012

Makluman Awal: Majlis Ramah Mesra BSP 2012

Makluman Awal:

Majlis Ramah Mesra BSP 2012
23 September 2012
Padang Permainan SP5
10 pagi - 2 petang


Inline images 1

Majlis Penyerahan Cek RM1 juta daripada Jabatan Perdana Menteri - 5 Ogos 2012

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Inline images 1

Jabatan Perdana Menteri telah bersetuju menyerahkan cek sumbangan untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim sebanyak RM1 juta pada Hari Ahad, 5hb Ogos yang lalu bertempat di Dewan Vista Seri Putra, bermula jam 6.15 petang.

 Penyelaras DUN Bangi Merangkap Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Fathil telah hadir untuk menyempurnakan majlis tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada ahli kariah yang hadir dan marilah kita semua berdoa semoga Allah memudahkan lagi usaha kita untuk membina masjid ini.. Amin

Aturcara Majlis

6.15 ptg            -          Ketibaan Para Jemputan
6.30 ptg            -          Kata Alu-Aluan Juruacara (Ustaz Nushi)
                         -          Ucapan Dr Haji Abdul Rahman bin Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
                         -          Upacara Penyerahan Cek daripada YBhg Datuk Hj Mohd Fathil bin Daud,  Penyelaras DUN Bangi merangkap
                                    Ketua UMNO Bhg. Serdang kepada Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid
                         -          Doa (Ustaz Nushi)



7.30 malam       -          Majlis Berbuka Puasa
7.45 malam       -          Solat Maghrib (di Surau Al-Mustaqim, Vista Seri Putra)
                         -          Jamuan Makan Malam
                                    (Selepas Makan Malam hadirin menunaikan Solat Isyak dan Solat Teraweh di Surau Al-Mustaqim.)

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut boleh di lihat di sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414650728591117.93152.120427501346776&type=1

Disertakan juga keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini (7 Ogos 2012) yang melaporkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kita (warga Princeton BSP) dari Utusan Malaysia di atas laporan ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

__._,_._

Monday, August 6, 2012

PELAN KESELAMATAN HARI RAYA 2012M/1433H

Inline images 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam suasana menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama persatuan-persatuan / skim taman, pemaju dan pihak berkuasa akan melaksanakan projek yang dinamakan Pelan Keselamatan Hari Raya 2012M/1433H.

Untuk makluman, perancangan projek ini telah pun diutarakan kepada semua ketua-ketua skim. Sehingga setakat ini ENAM SKIM telah bersetuju untuk turut serta, Alhamdulillah.

Disini bagi pihak PPBSP menyeru agar skim-skim yang belum menyatakan persetujuan agar segera menyatakan persetujuan agar memudahkan persatuan memuktamatkan perjanjian dengan syarikat keselamatan yang akan dilantik. Disamping itu, persetujuan skim-skim juga akan menampakkan KESATUAN, PERSEFAHAMAN, SETIAKAWAN dan KESEPADUAN penduduk BSP terutama dalam isu KESELAMATAN yang tidak diambil enteng oleh semua penduduk BSP.

Disamping itu persatuan juga menyeru agar skim yang KURANG BERSETUJU dapat MEMPERTIMBANGKAN SEMULA keputusan mereka serta tampil dengan sebarang CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN jika ada. Seterusnya TURUT SERTA dalam projek ini.

Untuk maklumat lanjut atau kertas kerja yang lebih terperinci, silalah berhubung terus dengan Ketua Biro Keselamatan PPBSP, Tuan Mohd Khairuddin Yasim ditalian (019-2462-139) atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.

Dibawah ini diselitkan ringkasan kertas kerja yang telah diedarkan kepada semua skim untuk penilaian semua.

KESELAMATAN KEJIRANAN TANGGUNG JAWAB BERSAMA

======================

PELAN KESELAMATAN HARI RAYA 2012M/1433H

1.0 PENDAHULUAN

Umat islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan Almubarak pada  minggu ke3 Julai 2012 dan sebulan kemudian, Syawal akan menjelma. Dalam kontek penduduk Bandar Seri Putra (BSP), komposisi penduduk yang beragama Islam adalah dalam sekitar 95%. Bila Syawal menjelma, majoriti penduduk Islam akan menziarahi ibu-bapa, sanak saudara dan sahabat handai terutamanya yang berada di kampung halaman.

Keselamatan terhadap aset dan persekitaran semasa ketiadaan kebanyakan penduduk BSP perlu dipertingkatkan. Ini berdasarkan kejadian pecah rumah dan kecurian di luar musim perayaan yang boleh dikategorikan dalam keadaan membimbangkan di BSP. Pengamatan pada tahun sebelumnya dan trend yang dihadapi oleh kawasan perumahan di Selangor juga menunjukkan aktiviti-aktiviti berunsur jenayah ini akan meningkat apabila tibanya musim perayaan.

Berdasarkan keperluan diatas, maka AJK Keselamatan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra mencadangkan Pelan Keselamatan Hari-Raya 2012M/1433H kepada semua skim-skim di BSP agar dapat dipertimbangkan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan keselamatan di BSP ketika ramai penduduk BSP di luar BSP untuk menyambut hari-raya.
2.2 Membentuk kerjasama antara AJK Keselamatan PPBSP dengan AJK Keselamatan skim- skim BSP, pemaju dan pihak berkuasa.

3.0 NAMA PROGRAM
"PELAN KESELAMATAN HARI-RAYA 2012M/1433H"

4.0 TEMA PROGRAM
"KESELAMATAN KEJIRANAN TANGGUNG JAWAB BERSAMA"

5.0 SASARAN (PENGLIBATAN)
Semua skim di BSP, termasuklah skim-skim yang telah mempunyai pengawal keselamatan. sebagai tanda kebersamaan dan tambah nilai.

6.0 ANJURAN
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama persatuan-persatuan / skim taman, pemaju dan pihak berkuasa.

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

TERKINI! Sampah Binaan Dibuang Secara Haram di Tapak Balai Polis

Inline images 1

Inline images 2

TERKINI!

Sama ada pemilik rumah mengetahuinya atau kontraktor berikut membuang sampah binaan secara suka hati, diharapkan sampah binaan ini dapat dibersihkan secepat mungkin. Mereka yang membuang sampah ini secara harap di tapak Balaik Polis BSP nampaknya tidak menghormati penduduk BSP yang inginkan kawasan yang cantik dan indah.

Oleh itu, pihak PPBSP juga mohon kepada sesiapa mempunyai maklumat berkenaan sampah binaan ini yang dibuang secara haram di tapak Balai Polis BSP agar menghubungi AJK PPBSP Engku Faizal (013-3426-019) atau emailkan kepada
engkufaizal@yahoo.com / khai@bandarseriputra.com agar sampah ini boleh dibersihkan dalam kadar segera.

Jika empunya sampah bahan binaan ini membaca, mohon dibersihkan kerana ianya mencacatkan pemandangan BSP.

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Friday, August 3, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA PENGUMPULAN DANA PEMBINAAN SEMULA MASJID DI GAZA

Salam semua.
 
Rebut peluang amal berangkai - derma, buka puasa, jalin silatur rahim, persembahan nasyid oleh Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid), tayangan slide dan video, tarawih dgn Imam Muda Miril.
 
MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA PENGUMPULAN DANA PEMBINAAN SEMULA MASJID DI GAZA
 
TARIKH: 4 OGOS 2012 (15 RAMADHAN 1433)
MASA: 6 PETANG
TEMPAT: RESTORAN ANA IKAN BAKAR PETAI, BANDAR BARU BANGI
DIRASMIKAN OLEH: TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABD HAMID, SETIAUSAHA AGUNG MAPIM
 
Bagi mendapatkan kupon berbuka puasa RM100@ seorang atau kupon wakaf masjid Umar Abdul Aziz RM50@ seorang, sila hubungi Haji Ahmad bin Yusof 019-359 8489 dengan segera. Sila panjangkan jemputan ini.
 
Sekian wassalam.

Haji Ahmad bin Yusof
ahmadbsp@hotmail.com

Warga BSP: Patuhilah Undang-Undang Jalan Raya

Inline images 1
Gambar selingan kemalangan tujuh buah kenderaan yang mengorbankan sepasang suami isteri sebagai ingatan kepada kita bersama.
Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150976223446762.408990.348304376761&type=1

Mohon warga BSP agar mengikut undang-undang jalan raya kerana semakin ramai yang dilihat:

1- Melanggar lampu isyarat dengan sengaja
2- Memandu dengan laju dikawasan perumahan
3- Tidak memakai helmet (motor) atau tali pinggang keledar (kereta)
4- Meletak kenderaan sesuka hati (terutama semasa Bazar Ramadan)
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

=====================
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
Disepit dua bas -
Gambar Ehsan dari Saudara Syamsul Ondscene - Terima Kasih

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selaku anggota polis trafik, menguruskan mayat mangsa kemalangan sudah menjadi sebahagian tugasnya, namun tidak pernah terlintas di fikirannya satu hari nanti akan mengendalikan kemalangan maut membabitkan anak dan menantunya sendiri.

Itulah kesedihan terpaksa ditanggung Pembantu Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil sejurus diberitahu anak kedua dan menantunya terbunuh selepas tersepit antara dua bas dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Jalan 15/56, AU3 Keramat, Taman Setiawangsa, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, anak Roslan, Noor Edayu, 26, yang mengandung tujuh bulan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala suaminya, Koperal Hafeeze Mohd Hanafi, 30, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.

"Kebiasaannya arwah memandu ke tempat kerja selepas menghantar anak sulungnya yang berusia dua tahun ke rumah pengasuh, namun berlainan dengan hari ini (semalam), dia membonceng motosikal bersama suaminya," katanya sebak.

"Saya tidak menyangka arwah pergi meninggalkan kami kerana ketika berbuka puasa bersama-sama Ahad lalu, tiada tanda pelik yang ditunjukkan melainkan arwah ada memberi wang perbelanjaan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya sebak.

Menurutnya, arwah Noor Edayu bekerja sebagai pembantu tadbir di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) manakala suaminya bekerja di Pusat Komputer Pengurusan Gaji, Kementerian Pertahanan.

Roslan berkata, jenazah Noor Edayu akan dikebumikan di kampung mereka di Masjid Tanah, Melaka manakala Hafeeze akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua bas sekolah, dua motosikal dan lima kereta.

"Mangsa tersepit di antara dua bas sekolah yang sarat membawa penumpang. Keadaan jalan cerun menurun dan ketika itu cuaca dalam keadaan baik," katanya.

Katanya, pemandu bas sekolah berkenaan yang patah kaki kanan sedang dirawat di HKL akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, bas yang dipercayai menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit dan merempuh sisi kanan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa.

Berikutan hentakan yang kuat itu, bas sekolah yang dirempuh kemudian melanggar sebuah Proton Waja di hadapannya manakala sebuah Perodua Kancil dari arah bertentangan yang cuba mengelak melanggar sebuah motosikal lain.

Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu bas yang dirempuh cedera dan seorang pembonceng motosikal patah kaki kanan..

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More