Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Mutiara Kata

Mutiara Kata 1

Mutiara Kata

Mutiara Kata 2

Mutiara Kata

Mutiara Kata 3

Mutiara Kata

Mutiara Kata 4

Motivasi Alihan Pelajar 2011

Objektif: (1)Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang. (2)Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. (3)Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Blog SK Bandar Seri Putra

Blog sekolah anak-anak SK Bandar Seri Putra

Setiap manusia akan mati

Menghadiri majlis pengebumian pakcik Dahlan

i-City, Shah Alam

Pengalaman menjejakkan kaki ke i-City, Shah Alam. Rumah sejuk dan pokok tiruan berlampu menjadi tarikan

Blog Surau Al-Hijrah

Blog Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.

Pesta Belon Udara Panas 2011

Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya. Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya. Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.

NASI MENDY DI RESTORAN PAK HJ HAMID

Istimewa Hari Jumaat: Nasi mendy, dihidangkan dengan dalca dan salsa. Pilihan lauk ayam kabsah atau kambing kabsah. Dah mencuba nasi ni. Elok untuk 3-4 orang makan. Sedap dan harap dikekalkan rasa dan kuantitinya.

Thursday, December 22, 2011

Senarai Kelengkapan SK BSP

Salam.

Saya berkesempatan untuk menjenguk kedai buku sekolah sebentar tadi. Nampaknya ada perbezaan daripada apa yang saya dengar sebelum ini.

- Beratur yang panjang: Tadi masih panjang tapi dah ada 2 barisan
- Berdiri beratur: Tadi dah ada kerusi disediakan
- Sorang je pekerja: Tadi dah ada 5 orang pekerja
- Lama menunggu, hampir 2 jam: Tadi masih sama, sekitar sejam lebih masa menunggu
- Ada buku masih tiada: Tadi, memang masih ada buku yang kurang

Kesimpulannya, ada sedikit penambahbaikan tetapi masih ada ruang pembaikan.

Saya kongsikan senarai kelengkapan Tahun 1-6.

Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

BNM perkenal wang kertas, syiling baharu


KAKITANGAN Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk nota wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)


SIRI wang kertas dan syiling baharu yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.

Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling.

Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.

Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.

''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan itu.

Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara.

''Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi,'' jelas bank itu lagi.

Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.

Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.

BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.

Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Tidak Cukup Peserta: Klinik Bolasepak Junior Peringkat Negeri Selangor 2011

Maaf kepada yang telah menyatakan minat. Malangnya sehingga semalam, saya hanya menerima makluman daripada 3 orang sahaja. Maka, PPBSP tidak dapat menghantar wakil.

2011/12/20

Assalamualaikum,

Dewan Pemuda PAS Serdang dan Selangor dengan kerjasama DUN Bangi dan Ahli Majlis Zon 23 akan menganjurkan klinik bolasepak Junior Peringkat Negeri Selangor 2011 bersama 3 bintang harimau muda (Zulfahmi, Nik Shafik dan Chairil) pada 25 Disember 2011 (Ahad), 8.00-11.30 pagi di Kompleks Sukan Seksyen 15, B.B Bangi. Beberapa maklumat tambahan adalah seperti berikut:

* Penyertaan pemain hendaklah secara berpasukan melalui cawangan / taman bagi memudahkan agihan jersey. 
* Yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan untuk mendapatkan sehelai jersey klinik bolasepak Selangor 2011. (Jersey terhad 250 helai shj)
* Terbuka kepada peserta  berumur antara 8-17 tahun. 
* Digalakkan membawa bola sendiri 

Setiap taman menghantar minima 10 peserta. 

Untuk penyertaan, hubungi Dahari 019-3262537 atau email smremaco@yahoo.com

terima kasih

NOTA: Jika ada ibubapa yang berminat untuk anak mereka turut serta, Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP akan cuba menyertainya jika mendapat 10 orang selewat-lewatnya esok (Rabu, 21 Dis 2011). Sila hubungi Khai 012.2655203 atau khaiatbsp@gmail.com.


Bengkel Kraf Felt Sabtu ini - Masih ada 3 kekosongan.

384632_247624185297802_232173160176238_682576_1126599662_n.jpg
Jika ada yang masih berminat menyertai Bengkel Kraf Felt, pendaftaran masih dibuka. Masih ada 3 kekosongan untuk diisi.
Hubungi Khai 012.2655.203.
http://syokcutibsp.blogspot.com/

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Tuesday, December 20, 2011

[SYOK'2011] Bengkel Kraf Felt Sabtu Ini 24 Dis 2011

Bengkel Kraf Felt
Tarikh: 24 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM50
Peserta: Terbuka untuk semua peringkat umur
Perincian: 4 modul pembelajaran (DIY kit dan peralatan disediakan)
1. Pencil Topper
2. Hair Clip
3. Toasted Bread Keychain
4. Marshmallow H/P Charm


Pengendali: Puan Safa. Berpengalaman dalam bidang reka bentuk selama 11 tahun. Mula menghasilkan kraf felt sebagai hobi dan menjadikan bidang kraftangan sebagai sumber pendapatan tambahan sejak setahun yang lalu.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khai 012.2655.230

Masih ada beberapa kekosongan jika ada yang beminat



Ini antara hasil yang mungkin dapat buat selepas menghadiri bengkel ini.


========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Klinik Bolasepak Junior Peringkat Negeri Selangor 2011 (bersama Zulfahmi, Nik Shafik dan Chairil)



Assalamualaikum,

Dewan Pemuda PAS Serdang dan Selangor dengan kerjasama DUN Bangi dan Ahli Majlis Zon 23 akan menganjurkan klinik bolasepak Junior Peringkat Negeri Selangor 2011 bersama 3 bintang harimau muda (Zulfahmi, Nik Shafik dan Chairil) pada 25 Disember 2011 (Ahad), 8.00-11.30 pagi di Kompleks Sukan Seksyen 15, B.B Bangi. Beberapa maklumat tambahan adalah seperti berikut:

* Penyertaan pemain hendaklah secara berpasukan melalui cawangan / taman bagi memudahkan agihan jersey. 
* Yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan untuk mendapatkan sehelai jersey klinik bolasepak Selangor 2011. (Jersey terhad 250 helai shj)
* Terbuka kepada peserta  berumur antara 8-17 tahun. 
* Digalakkan membawa bola sendiri 

Setiap taman menghantar minima 10 peserta. 

Untuk penyertaan, hubungi Dahari 019-3262537 atau email smremaco@yahoo.com

terima kasih

NOTA: Jika ada ibubapa yang berminat untuk anak mereka turut serta, Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP akan cuba menyertainya jika mendapat 10 orang selewat-lewatnya esok (Rabu, 21 Dis 2011). Sila hubungi Khai 012.2655203 atau khaiatbsp@gmail.com.

Monday, December 19, 2011

[Blog ADUN Bangi] Aura Ustaz Azhar: Golongan Muda Ke Ceramahnya Berjejar

Aura Ustaz Azhar: Golongan Muda Ke Ceramahnya Berjejar

http://drshafie.blogspot.com/2011/12/aura-ustaz-azhar-golongan-muda-ke.html

Masjid Hasanah, BBB, 21 Muharram = 17 Disember (Sabtu):

Petang ini Adun sekeluarga – isteri & anak menantu bersama saudara Azizi bertolak dari rumah ke masjid Al-Hasanah dalam jangkaan waktu boleh tiba sebelum maghrib, tetapi tiba ke trafik light di hadapan Pejabat Daerah tersekat, kerana kenderaan bersesak-sesak yang hampir ke semua menuju ke masjid. Adun tiba sedikit lewat dan terpaksa berjamaah Maghrib berasingan. Semua ruang masjid penuh, bahkan jamaah melempah-ruah keluar. Apabila selesai, Adun berusaha ke hadapan, walaupun begitu sukar, kerana sebagai Penganjur Ceramah melalui Lajnah Masjid-Surau Adun, sewajarnya Adun bersama menyambut Ustaz Azhar Idrus yang beliau juga terkandas dan ketibaannya hampir bersamaan dengan Adun. Walau bagaimana Adun dapat tiba ke hadapan sebelum sedikit dari ceramah dimulakan.

Ceramah dianjur Pejabat Adun dengan kerjasama Masjid Al-Hasanah dan Persatuan Penduduk BBB ini, disifatkan oleh Ustaz Azhar dalam ceramahnya antara teramai yang pernah menghadiri ceramahnya dan mereka kebanyakannya adalah golongan muda. Jumlah kehadiran melebihi 10 ribu orang.

Adun duduk berdepan dengan Ustaz Azhar – beliau di atas kerusi bermeja, sambil mengikuti ceramahnya, sambil memerhati keistimewaannya yang dengan auranya sebagai magnet menarik hadirin. Untuk mengatakan beliau berceramah, tetapi tidak sepenuhnya ceramah, kerana beliau juga bersifat mengajar. Beliau sebenarnya menggunakan kitab berjudul `Anak Kunci Syurga` secara syarah, bahkan hasyiah berasaskan ayat-ayat dibaca di dalam kitab, sebagai sambungan dari yang dibacanya di tempat lain sebelum ke Masjid Al-Hasanah. Pengajarannya adalah berhubung dengan aqidah, iaitu berkenaan dengan `Konsep Rububiyyah` yang bermaksud Allah Maha Esa jua yang mencipta. Mengatakan yang lain berkuasa mencipta boleh membawa kepada syirik, manakala `Tauhid Uluhiyyah` diberi huraian oleh penceramah, ``Segala ibadat yang disuruh Allah, kita lakukan kerana Allah, contohnya solat. Di dalam huraian beliau membawa dalil-dalil daripada ayat Qur`an dan beliau mengaitkan juga dengan aspek-aspek ibadat, hukum syara`, berkenaan solat dan kemuliaan bahasa Arab, iaitu kerana bahasa Al-Qur`an, bahasa syurga dan kerana Rasulullah adalah orang Arab.

Dari pemerhatian Adun, kandungan pengajaran yang disampaikan adalah soal aqidah dan hukum hakam biasa, tetapi keistimewaan ustaz Azhar dia menyampaikan pengajaran dengan terang dan lebih istimewanya beliau dapat menyelitkan di dalam pengajarannya unsur-unsur humor secara spontan yang mencuit pendengar-pendengar dan secara spontan juga pecah ketawa pendengar berderai. Contoh bila beliau menyebut tentang Hukum Syara` yang lima, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Menurutnya `Taklif hanya kepada manusia yang berakal, binatang, walaupun besar tidak wajib. Contoh singa tidak ditaklif, kerana tidak berakal, walaupun besar. Tetapi singa berzikir kepada Allah. Beliau sebenarnya menggunakan unsur lakonan bila berlagak sebagai singa dan menyebut ngaumannya sebagai sama dengan sebutan nama Allah. Dengan penggunaan unsur humour dan penggunaan elemen lakonan, menyebabkan penerangan hidup dan sebutan tentang ngauman humour menyebabkan pendengar ketawa berderai.

Contoh lagi selepas pengajaran berhenti sekejap, kerana menghormati azan, beliau menyambung pengajaran berhubung dengan `Syaitan`. Menurutnya syaitan makhluk yang ada. Beliau mengaitkan dengan jin. Beliau membuat gurauan semasa sembahyang berseorangan dalam masjid di waktu malam, bagai ada yang mengikuti. Secara gurauan dan guna elemen memek muka yang mencerminkan ketakutan yang menyebabkan pendengar gelak ketawa. Beliau juga menyebut tentang orang kampung paling takut dengan harimau. Jika berjalan di hutan dilarang menyebut harimau, kalau tersebut oleh anak-anak yang mengikuti, lekas-lekas diisyratkan telunjuk ke mulut, memaknakan suruh berhenti bercakap. Beliau menunjukkan dengan isyarat dan memek muka dan menggunakan telunjuk.

Pada akhir pengajarannya (dari selepas Maghrib hingga jam 9.00 malam) beliau memperuntukkan masa satu jam untuk menjawab soalan-soalan. Sebelumnya beliau juga melancarkan kutipan-kutipan. Soalan-soalan dihantar secara bertulis dan sampai dalam masa mengajar. Terdapat berpuluh-puluh soalan yang sampai, tetapi yang sempat dibaca kepada pendengar dan dijawab hanya lebih kurang 10 soalan sahaja (bakinya menurutnya akan dijawab di tempat lain). Cara beliau menjawab juga dihiasi dengan unsur-unsur humour yang menyebabkan pendengar-pendengar ketawa tidak kering gusi. Misalnya bila menjawab soalan adakah perempuan bermadu mendapat payung mas disyurga, tentang orang dipaksa berzina secara kekerasan dan soalan (terakhir), bagaimana ma`mum harus bertindak, apabila didapati imam bersolat subuh melebihi dua rakaat dan komen beliau mengapa, soalan-soalan didominasi persoalan berkahwin dan yang berkait dengan lelaki dan perempuan yang dijawab juga dengan berbagai unsur humour. Adun dapati gaya ceramah atau kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini ada semacam kesamaan dengan cara yang disampaikan oleh Dato` Ismail Kamus yang gaya pengajarannya diselit dengan unsur humor.

Hasil penelitian

Ceramah dan pengajaran Ustaz Azhar Idrus menjadi daya tarikan, walaupun perkara biasa, oleh kerana beliau dapat menyelit dan menghias huraian dengan unsur-unsur humour. Kadang-kadang beliau menggunakan memek muka dan unsur lakonan bagi mengexpresikan maksud yang mau disampaikan.

Beliau seorang yang kuat mutalaah, terutama kitab-kitab agama, khususnya aqidah dan fiqh, sebab itu beliau dapat menerang dan memberi contoh dan istinbat dengan ayat Qur`an dan Hadith dengan lancar.

Beliau berani menjawab soalan-soalan mengenai hukum dengan segera. Walau macam mana jawapan soal-soal hukum boleh membawa seseorang terjatuh kepada kontroversi dan kalau silap boleh meruntuhkan kredebiliti.

Populariti Ustaz Azhar Idrus, terutamanya di kalangan golongan muda, antaranya kerana mampu menggunakan media baru yang memang terkenal di kalangan generasi baru seperti internet Yu-Tube, face book dan sebagainya. Penggunaan kaset dan CD juga digunakan sebagai media penyebaran pengajarannya yang banyak diikuti terutama oleh golongan muda.

Ustaz Azhar mempunyai identitinya tersendiri, bersifat humor dan kadang-kadang cynical dan mempunyai khalayaknya tersendiri dari golongan muda dan golongan pertengahan – Di Bangi yang hadir ramai pelajar-pelajar pengajian tinggi. Berlainan dengan pendekatan ``Berat & philosophical`` yang juga mempunyai khalayak tersendiri, Contoh Dr. Zulkifli Al-Bakri yang lembut dan warak terpengaruh dengan Hikam yang dikajinya dan dari kalamnya yang mendalam kadang-kadang terluah juga hikam.

Ceramah beliau tamat jam 10.00 malam diikuti dengan solat isyak dua kali, kerana ramai dan kekurangan ruang. Pihak Nazir Tuan Haji Nafiah bertanyakan Tuan Setiausaha masjid Tuan Haji Kamaruddin tentang jumlah yang dipungut. Menurut Tuan Haji Kamaruddin, ``Ada sebahagian lagi belum dikira.` Tetapi menurut Tuan Haji Nafiah, ``Untuk ketelusan wajar diumumkan agar penderma dapat tahu.`` Maka derma yang dipungut diumumkan ialah RM47,000 (Maklumat mutakhir ialah RM48,200/=). (Penyaluran dan pengagihan derma ini akan dibincangkan).

Adun berkesempatan bercakap-cakap dengan Ustaz Azhar semasa makan bersamanya sebelum beliau dan pengiring-pengiringnya memohon diri.

Sekian.

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More