Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Mutiara Kata

Mutiara Kata 1

Mutiara Kata

Mutiara Kata 2

Mutiara Kata

Mutiara Kata 3

Mutiara Kata

Mutiara Kata 4

Motivasi Alihan Pelajar 2011

Objektif: (1)Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang. (2)Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. (3)Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Blog SK Bandar Seri Putra

Blog sekolah anak-anak SK Bandar Seri Putra

Setiap manusia akan mati

Menghadiri majlis pengebumian pakcik Dahlan

i-City, Shah Alam

Pengalaman menjejakkan kaki ke i-City, Shah Alam. Rumah sejuk dan pokok tiruan berlampu menjadi tarikan

Blog Surau Al-Hijrah

Blog Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.

Pesta Belon Udara Panas 2011

Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya. Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya. Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.

NASI MENDY DI RESTORAN PAK HJ HAMID

Istimewa Hari Jumaat: Nasi mendy, dihidangkan dengan dalca dan salsa. Pilihan lauk ayam kabsah atau kambing kabsah. Dah mencuba nasi ni. Elok untuk 3-4 orang makan. Sedap dan harap dikekalkan rasa dan kuantitinya.

Thursday, August 30, 2012

Salam Kemerdekaan ke 55

Inline images 1

Selamat Menyambut Hari
keMERDEKAan


kepada semua penduduk Bandar Seri Putra


Menghayati Kemerdekaan, Menanam Kecintaan

PPBSP | SP5 | Surau Al-Hijrah | PIBG SKBSP | PIBG SRABSP

Wednesday, August 29, 2012

SRABSP - Majlis Sarapan Aidilfitri

Inline images 1
Majlis Sarapan Aidilfitri
===============

15 September 2012 (Sabtu)

8.00 pagi – 11.00 pagi

Kantin SRA Bandar Seri Putra

Pakaian : Baju raya/Kemas



Monday, August 27, 2012

Jemputan ke Majlis Ramah Mesra BSP 2012 dan Mohon Sumbangan

Inline images 1


Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012
Tema : Jiran Didahulukan, Kesepakatan Di utamakan
Tarikh :  23 September 2012
Masa : 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Padang Permainan dan Rekreasi SP5 Bandar Seri Putra



Hasil kejayaan menganjurkan program Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2010, Persatuan Penduduk bandar Seri Putra (PPBSP) merancang untuk mengadakan program yang sama pada tahun ini. Program yang sama dalam tahun 2010 telah berjaya mengumpul 1,000 kehadiranwarga Bandar Seri Putra. Tahun ini pula dianggarkan 1,500 orang akan menghadirinya.Aturcara majlis dilampirkan dalam lampiran.

Sukacitanya, pihak kami ingin memohon sumbangan pihak tuan untuk memeriahkan program kami ini.

Pihak PPBSP juga mengharapkan sumbangan atau penajaan daripada mana-mana pihak kerajaan, swasta atau individu untuk majayakan program kali ini. Sebarang sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau apa sahaja bentuk (hamper, voucher penginapan, voucher pembelian dsb amat dialu-alukan) boleh dimajukan kepada pengarah program, tuan Arzock Nassar atau bendahari program tuan Mustafa Kassim
(rujuk dibawah).


BORANG SUMBANGAN/PENAJAAN


Pihak PPBSP juga menjemput mana-mana entiti untuk menyewa tapak gerai (10 tapak disediakan). Penyewaan tapak boleh berurusan dengan tuan Mustafa Kassim (rujuk dibawah).


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pengarah program tuan Arzock Nassar (012-219-5909,arzock@ymail.com) atau bendahari program tuan Mustafa Kassim (016-369-2443).


ARZOCK NASSAR

Pengarah Program



ATURCARA MAJLIS

10.00 pagi       
  • Pendaftaran mengikut taman/skim
10.30 pagi       
  • Ucapan pengerusi majlis
  • Doa pembuka
  • Ucapan alu-aluan YDP PPBSP
  • Ucapan perasmian
  • Jamuan, persembahan, kuiz, cabutan nombor berhadiah
1.00 tengahari       
  • Tamat

Inline images 2

AHLI JAWATANKUASA PENGANJURAN

1.       Pengarah:  Arzock Nassar ( Putra Terrace)

2.       Timb Pengarah: Hj Norhalimi

3.       Setiausaha: Ramli Taib

4.       Bendahari: Mustafa Kassim

5.       Ketua Dana dan Sumbangan: Arzock Nassar- PHR

6.       Ketua Tajaan peniaga dan kilang: Arzock Nassar- PHR

7.       Ketua Iklan dan promosi maya: Khairil Anuar – D'Puncak Putra & Nusa

8.       Ketua Iklan dan promosi terbitan: Azizul Jabar – D'Puncak Putra & Nusa

9.       Ketua Jemputan dan protokol: Ahmad Yusof/Mustafa/Datuk Zakaria

10.   Ketua Keselamatan dan lalulintas: Khairuddin Yassim – Seri Mawar

11.   Ketua Kebersihan: Rosli Ramli – PKPM dan Seri Melati

12.   Ketua Logistik/PA sistem: Engku Faizal/Sharizat – Puncak Aman & Anjung Suasana

13.   Pengacara majlis: Us Nushi

14.   Ketua Pengisian persembahan: Burhanuddin Mahwal – Putra Villa, D'Puncak Unggul

15.   Ketua Juri cabutan nombor: Ramizi Mohamed/Major Qayyum -Putra Tropika

16.   Ketua Makanan: Hjh Nursiah/Kapt A Rahman/Harina – Dahlia dan Vista

17.   Ketua Minuman: Khair Daros/Bakar Sohit – SP5, D'Sentral dan Acasia

18.   Ketua Pendaftaran: Ishak Ahmad – Putra Terrace, Rimbun Suria, Castenea

19.   Ketua Tapak gerai: Mustapha Kassim – Acasia n Laman Indah

20.   Ketua Doa: Us Nushi

21.   Ketua Hadiah: Hjh Nursiah/Hjh Faridah/Hjh Sharifah - Princeton


Inline images 3

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Alhamdulillah: BSP Tiada Kejadian Yang Tidak Diingini

Inline images 1

Dipanjangkan mesej daripada Ketua Balai Polis Bangi.

============================

Salam. Dari tarikh 16/8/2012 sehingga pagi ini 27/8/2012 insyaAllah tiada apa apa jenayah termasuk kejadian pecah rumah kawasan Bdr Seri Putra. Bkt Mahkota satu sahaja berlaku dikawasan berpegawal 24 jam. Terima kasih atas sokongan pengawalan yang di adakan kepada semua skim keselamatan taman dan persatuan induk SP.    Amat diharapkan kerjasama pencegahan jenayah akan berterusan. Wassalam. (Dari Ketua Balai Polis Bangi).


Wednesday, August 15, 2012

Pokok Bunga Persiaran 3 Bsp

Merujuk perkara di atas...ppbsp telah memohon peruntukan kepada Ahli Majlis Mpkj Tn Hj Mazwan utk trim pokok bunga dari hj tapha ke Sk bsp

Alhamdulilah bajet telah diluluskan.

Kerja2 tersebut akan dibuat pada  Rabu 15/8/2012 - Jumaat 17/8/2012. 

Pokok bunga Di kiri kanan laluan tersebut akan di Trim bagi memudahkan pelajar ke Sk dan Keselamatan laluan pejln kaki dan basikal.

Ini juga bg mencantikan laluan tersebut 
Sempena Aidilfitri 2012.

Sekian Wassalam.

Engku faizal
Ketua Biro Pembangunan dan Alam Sekitar

Tuesday, August 14, 2012

Ucapan Hari Raya YDP PPBSP

Inline images 1

Inline images 3

Inline images 2

SALAM HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1433

Segala puji bagi Allah pemilik kerajaan langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda, para sahabat yang setia dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena hari yang mulia pada 1 Syawal 1433H ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Bagi pihak diri saya sendiri dan seluruh ahli jawatankuasa PPBSP
, kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan serta memohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum.

Syukur kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan kali ini jumlah ahli berkunjung berterawih lebih ramai di semua surau Bandar Seri Putra. Tahniah kepada saudara sekelian dan juga kepada semua pengerusi dan ahli jawatankuasa surau-surau di Bandar Seri Putra yang telah mengatur berbagai aktiviti dengan jayanya seperti tazkirah, terawih dengan imam hafiz, berbuka puasa, more, tahlil arwah, tadarus dan qiyamulail.

Bagi mereka yang balik kampung, kami mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang. Berhati-hati di jalan raya dan pandu kenderaan dengan sifat kasih sayang, ceria, sabar dan saling memaafkan. Juga jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap rumah, simpan semua barang yang berharga di tempat yang selamat dan serah borang balik kampong di balai Polis sebelum berangkat pulang.

Alhamdulillah PPBSP telah menjadi pengajur Bazar Ramadhan BSP musim ini dengan tempat baru. Sebagi penganjur baru yang diketuai oleh Ketua Biro Ekonomi, kami sedia menerima teguran dan cadangan bagi menambahbaik bazar yang telah menarik banyak pengunjung.

Untuk musim cuti hari raya ini, satu program keselamatan anjuran bersama PPBSP, pihak pemaju, persatuan-persatuan penduduk, wakil skim taman dan pihak berkuasa akan dijalankan. InsyaAllah dengan muafakat semua pihak, kita doakan agar Bandar Seri Putra akan mencatat rekod sifar jenayah pada musim cuti kali ini. Jika program ini yang diterajui oleh Ketua Biro Keselamatan PPBSP berjaya, kita berharap semua pihak yang berkepentingan akan meyokong sepenuhnya untuk diteruskan bagi masa hadapan.
Dengan izin Allah, akhir kata kita berjumpa di Majlis Ramah Mesra BSP 2012 pada 23 September 2012 di padang permainan dan rekreasi SP5, Bandar Seri Putra.

Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

HAJI AHMAD BIN YUSOF
YANG DIPERTUA PPBSP
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Iftar Surau Al-Hijrah dari Lensa Tuan Zaidi

Iftar Surau Al-Hijrah dari Lensa Tuan Zaidi

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9

Inline images 10

Inline images 11

Inline images 12

Monday, August 13, 2012

Gambar Majlis Berbuka Puasa Surau Al-Hijrah dan Tazkiran Sahabat Palestine

Assalammualaikum.

Alhamdulillah semalam telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa serta tazkiran daripada sahabat Palestin kita di Surau Al-Hijrah. Terima kasih diucapkan kepada penaja, Maybank Islamic serta penyumbang-penyumbang yang lain selain daripada semua yang membantu menjayakan majlis semalam.

Tetamu telah dihidangkan dengan menu kambing golek, kambing bakar, char kwey tiew, nasi, ayam kurma, kacang panjang serta buah-buah dan kuih-muih. Marilah kita bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita. Disertakan gambar sebagai kenang-kenangan semua.

Majlis turut dihidang dengan pengisian rohani, tazkirah daripada sahabat Palestine kita.  Sahabat tersebut memohon agar kita terus mendoakan kejayaan perjuangan mereka mempertahankan bumi Palestine yang telah-sedang dirampas daripada mereka. Disamping bantuan sokongan seperti kewangan bagi mereka menyediakan kelengkapan dalam perjuangan mereka.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Haluan Palestine (BIMB: 14-023-01-003429-2 atau Maybank: 5644-9020-8528).

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9

Inline images 10

Inline images 11

Inline images 12

Inline images 13

Inline images 14

Inline images 15

Inline images 16

Inline images 17

Inline images 18

Inline images 19

Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152026792910176.891824.329327610175&type=1

Inline images 20

16, 17 Ogos cuti berganti persekolahan

16, 17 Ogos cuti berganti persekolahan

10/08/2012 11:07am

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.

Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.

"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.

Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.

"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu. - BERNAMA


Friday, August 10, 2012

Edaran Bubur Lambuk Percuma - Terakhir Khamis depan.


As-Salam Semua Penduduk Yang Dihormati.

 

Dimaklumkan bahawa Bangi Heights Development akan mula cuti hari raya pada 17 Ogos 2012, maka dengan ini edaran bubur lambuk percuma pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012 adalah dibatalkan dan digantikan pada hari Khamis, 16 Ogos 2012 bermula jam 4.30 petang.

 

Sila hebahkan kepada semua komuniti supaya datang beramai-ramai mengambil bubur lambuk pada 16 Ogos 2012.

 

Tuan Khairil,

 

Bantuan tuan untuk perluaskan hebahan ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalam.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

Senior Executive - Security

Bangi Heights Development Sdn Bhd

34, Jalan Seri Putra 1/2

Bandar Seri Putra

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Tel:  03-8927 1611 Samb 320

HP:  019-378 3778


Thursday, August 9, 2012

[Surau Al-Hijrah] 10 malam Terakhir Ramadhan di Surau al-Hijrah



Tazkirah malam ini oleh Ustaz Nik Hilmizam (Imam Surau al-Hijrah) khusus mengenai kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan serta panduan mencari Lailatul Qadar

Program Surau
   

Makluman
  • Pihak Surau masih menerima permintaan untuk Tahlil Arwah sehingga tarikh akhir pada Khamis 16 Ogos ini. Walaubagaimanapun, penama mungkin akan disekalikan jika permintaan terlalu tinggi. Borang Tahlil serta sumbangan derma boleh diperolehi di Surau.
  • Gotong royong persiapan Majlis Berbuka Surau akan dilakukan selepas solat Zohor 12/08. Sumbangan Tuan & Puan masih diperlukan.

            Aktiviti Bergambar
                       


Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More