Blog Statistics

Blogger WidgetsBlog statistics Widget For Blogger

Mutiara Kata

Mutiara Kata 1

Mutiara Kata

Mutiara Kata 2

Mutiara Kata

Mutiara Kata 3

Mutiara Kata

Mutiara Kata 4

Motivasi Alihan Pelajar 2011

Objektif: (1)Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang. (2)Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. (3)Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Blog SK Bandar Seri Putra

Blog sekolah anak-anak SK Bandar Seri Putra

Setiap manusia akan mati

Menghadiri majlis pengebumian pakcik Dahlan

i-City, Shah Alam

Pengalaman menjejakkan kaki ke i-City, Shah Alam. Rumah sejuk dan pokok tiruan berlampu menjadi tarikan

Blog Surau Al-Hijrah

Blog Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke Pesta Buku tahun ini. dan seperti tahun sebelum ini, memang dah rancang nak beli beberapa buku untuk stok selama setahun. Bukannya senang nak dapat diskaun disamping pelbagai hadiah dan cabutan bertuah. Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca. Penuh pengunjung PBAKL2011 walaupun pada hari kerja.

Pesta Belon Udara Panas 2011

Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya. Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya. Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.

NASI MENDY DI RESTORAN PAK HJ HAMID

Istimewa Hari Jumaat: Nasi mendy, dihidangkan dengan dalca dan salsa. Pilihan lauk ayam kabsah atau kambing kabsah. Dah mencuba nasi ni. Elok untuk 3-4 orang makan. Sedap dan harap dikekalkan rasa dan kuantitinya.

Wednesday, April 21, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2010 Pertama

Sumber: http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/mesyuarat-jawatankuasa-pibg-2010.html

Pada 14 April lepas, jawatankuasa PIBG 2010 telah berjaya melaksanakan mesyuarat pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh majoriti ahli jawatankuasa.


Gambar - Jawatankuasa PIBG bersidang

Mesyuarat telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada penasihat PIBG, puan Guru Besar SK-BSP, Puan Normah Binti Kasim. Antara yang disentuh adalah mengenai saringan LINUS dan perjumpaan dengan ibubapa mengenai saringan tersebut. Juga disentuh tentang pencapaian sekolah dalam bidang sukan atau olahraga yang belum pun setahun umurnya serta berkenaan masalah murid.


Gambar - Puan Normah Binti Kasim, Guru Besar SK Bandar Seri Putra

Saringan LINUS yang lalu telah mendapati 180 pelajar terpaksa dimasukkan dalam kelas LINUS dan saringan seterusnya akan dijalankan bulan Jun akan datang.

Berkenaan pendaftaran tahun satu, sehingga kini telah terdapat 521 pelajar mendaftar untuk tahun satu 2011 dan 271 lagi mendaftar untuk tahun satu 2012.

Aktiviti besar yang akan dijalankan sekolah dalam masa terdekat adalah Hari Kantin. Bagaimanapun, kertas kerja hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Manakala masalah mengumpul dan mengekstrak data sekolah (daripada sistem Kementerian dan daripada database sekolah) akan dibantu oleh PIBG agar mudah dibaca dan dianalisis.

Majlis penyerahan tugas antara YDP 2009 (Mejar Qayyum) dan YDP 2010 (Ustaz Rozi) juga telah dijalankan.


Gambar - Mejar Qayyum menyerahkan tugas kepada Ustaz Rozi

PIBG juga telah bersetuju membentuk unit-unit yang akan membantu menggerakkan PIBG:

   1. Unit Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
   2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
   3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh En Rosli
   4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi - Diketuai oleh En Khairil

Semua unit ini akan mengambil isu-isu yang telah dibangkitkan dalam dan luar mesyuarat agong untuk diselesaikan. Ibubapa yang lain juga diharap dapat menyumbang melalui unit-unit ini. Ibubapa boleh mendaftarkan diri di sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pendaftaran-kepakaran-ibubapa.html.

Buat permulaan, PIBG melalui Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi telah mengesahkan bahawa blog SB Bandar Seri Putra (http://skbandarseriputra.blogspot.com/) akan dijadikan blog rasmi PIBG dan sekolah. Satu e-group juga telah diwujudkan sebagai ruang perbincangan PIBG (lihat sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/e-group-perbincangan.html).

Mesyuarat telah ditangguhkan sekitar jam 12 tengah malam dan akan bermesyuarat semula dalam masa sebulan.

Nota: Gambar lain boleh dilihat di http://www.facebook.com/album.php?aid=166513&id=182228500788

- Dilaporkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi

Monday, April 19, 2010

Keputusan bolasepak: Putra Terrace 2 - 4 Seriputra5

BSP, Ahad, 18 April 2010.



Satu perlawanan bolasepak antara Putra Terrace dan Seriputra5 (SP5) telah dilangsungkan di padang Bandar Seri Putra (BSP) semalam. Perlawanan telah berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dengan kehadiran pemain dan penyokong kedua-dua belah pihak. SP5 dengan baju belang hijau putih (yang mahu dikenali sebagai "Iguana") telah berjaya menewaskan Putra Terrace dengan jaringan 4-2.

Pasukan SP5 Iguana yang telah diperkuat dengan pemain tengah Seelan Paul dan penyerang sensasi BSP Atiq Somchit telah terlebih dahulu mendahului pihak lawan pada separuh masa pertama. Gerakan solo Atiq telah membuahkan hasil dan jaringan pertama telah menaikkan semangat para penyokong SP5 yang diketuai oleh Abg Fadzel, Dato' Annas dan En Nordin Pilot.

Gol kedua pula menyusul hasil hantaran cantik pemain tengah SP5 yang melorongkan bola kepada pemain sayapnya sebelum dihantar ke tengah untuk disudahkan oleh Atiq sekali lagi. Gol ketiga dijaring oleh Seelan Paul hasil bola yang tidak dihantar kemas oleh penjaqa gol Putra Terrace dan di sambar oleh pemain tengah SP5 sebelum dilorongkan kepada Seelan yang berada dalam petak penalti dengan pusingan yang cantik dan rembatan kaki kiri.

Separuh masa pertama SP5 3, Putra Terrace 0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan setelah kemasukan beberapa pemain baru. Putra Terrace berjaya mendapat jaringan pertama akibat suasana kelam-kabut di hadapan gol SP5.

SP5 membalas serangan dan akibat kesilapan pemain pertahanan Putra Terrace, gol sendiri telah dijaringkan.

Manakala gol kedua Putra Terrace dijaringkan hampir ke minit-minit terakhir permainan.

Kesudahannya, SP5 4-2 Putra Terrace.

Ditulis oleh Khai@BSP.

Siaran Pertama: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan

http://hazril.com/seriputra5/Bulanmesrajiran/Majlispelancaran-Siaran1.jpg

Wednesday, April 14, 2010

Sindikit di petronas

Salam,

Fail yag dikepilkan saya dapat dari forum putra-mahkota. Surat tersebut mengatakan ada sindikit yang mengedarkan barang percuma pada pengunjung stesen petronas. Dan dikatakan barang tersebut ada mempunyai alat boleh mengesan pergerakan kita. So kena hati2 kalau orang bagi barang percuma. Kemungkinan mereka nak intip pergerakan kita.

Satu lagi, tadi ada dapat panggilan dari so call 'Wakil CIMB'. Tapi saya tak rasa pun dari CIMB sebab tak ada cakap "perbualan anda akan dirakamkan untuk peningkatan servis". Ini dah jadi kebiasaan sama ada yang direkod atau disebut sendiri oleh pegawai pemanggil. Nak jadikan cerita, bila dia tanya "berapa ramai anak encik", saya hanya jawab "adalah beberapa orang". Kemudian di terus nak dapatkan maklumat tersebut tapi dengan menyoal saya, "berapa ramai umur antara 4-14 tahun?". Kali ini saya jawab, "saya tak nak berikan maklumat".

So dia jadi bengang dan kata saya tak beri kerjasama. Saya kata, saya dah beri kerjasama, tapi saya tak nak release my personal info. Lepas tu dia membebel kata dia nak tolong kita sebab barang dia jual untuk kebaikan kita dsb. Serta siap sound suruh saya beri kerjasama di lain masa.

Moral of the story, skr banyak org cuba ambil kesempatan. Kita kena hati2 dan jangan senang-senang bagi maklumat peribadi kita.

Khai@BSP

Sunday, April 11, 2010

Result bola SP5 vs D'Sentral (Bergambar)

Warga SP5,

Pagi tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan untuk ke sekian kali dengan jiran kita D'Sentral. Walaubagaimanapun, untuk kali ini kita tumpas 1-2.





http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs425.snc3/24540_389618792995_163419787995_3771717_6941279_n.jpg
Walaupun tumpas 1-2 kepada sentral dengan jersi baru kuar plastik, kita patut berbangga dengan penyokong hardcore kita yg setia menunggu....
berikut ialah rating utk game tersebut (kalau sesapa main CM2 atau championship manager, tahu la...)-

1 - patrick 9  *man of the match utk SP5

2 - khair    9


3 - omar    9

4 - jeff 5/7  9

5 - jeff pengerusi  6 (sebab lambat)

6 - atiq     7

7- zaidi K  8

8 - hafizul   8

9 - hafiz    8

10 - khuzairi   8

11 - aizam   7  (sbb handicap, kalau tak 5)

12 - muzamir  6   (sbb pinjam kasut org)

13 - rosli 5/7   8 

14 - bakar   7


15 - Zulbahari -Atiq tak rate lagi

penyokong   10  (dato' annas perfect 10 sbb sampai ngan family sebelum players)






http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs405.snc3/24540_389618777995_163419787995_3771714_2909736_n.jpg

utk player-player lain yg tak datang... penat wwooooo......tak iguana la...

- Ditulis oleh Atiq dan diedit oleh Khai@BSP

BBQ Surau Al-Hijrah - Laporan Bergambar

Seri Putra, Bangi.
10 April 2010.

Surau Al-Hijrah telah mengadakan majlis BBQ Keluarga yang berlangsung diperkarangan surau Al-Hijrah semalam 10 April 2010. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran dari pada lebih 60 keluarga/individu dari ahli kariah surau (Putra Tropika dan SP5). Majlis yang berlangsung adalah antara lain untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli kariah serta bersempena pendaftaran Anak Kariah dan Khairat Kematian.

Maklumat berkenaan perlunya pendaftaran anak kariah adalah seperti pekeliling yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang boleh dibaca di sini http://masjidas-salam.blogspot.com/2010/01/pendaftaran-anak-kariyah-bagi-surau.html.

Borang pendaftaran boleh diperolehi di sini http://www.scribd.com/doc/29263702/Al-Hijrah manakala maklumat lanjut boleh di muat turun di sini http://hazril.com/hijrah/fail/Khairat%20Kematian%20SAH.pdf

Manakala bagi pendaftaran khairat kematian surau Al-Hijrah, ianya meliputi Putra Tropika, SP5 dan Anjung Suasana. Ini telah diklasifikasikan oleh surau As-Syakirin yang menjadi penaung kepada Masjid Al-Mustaqim (dalam proses pembinaan, maklumat lanjut di sini http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html ).

Berikut beberapa gambar kenangan yang telah diambil untuk tatapan umum.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs451.ash1/24850_10150159841325176_329327610175_11994878_6078651_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841335176_329327610175_11994880_7145683_n.jpg
Ayam panggang

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841350176_329327610175_11994882_5792728_n.jpg
Biri-biri panggang

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841405176_329327610175_11994889_5445624_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841410176_329327610175_11994890_5691356_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841420176_329327610175_11994892_7856505_n.jpg
Hotdog, kambing panggang (slice) dan nasi lemak daun pisang


Skew dan rojak

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841485176_329327610175_11994903_2892979_n.jpg  http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841740176_329327610175_11994940_6289297_n.jpg
Kuah rojak dan kway teow panas.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841555176_329327610175_11994913_7225114_n.jpg
Orang kuat surau




Close-up orang kuat surau

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs451.ash1/24850_10150159841570176_329327610175_11994915_163613_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841580176_329327610175_11994916_818988_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841590176_329327610175_11994918_4516273_n.jpg
Sebahagian yang hadir semasa ucapan alu-aluan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841725176_329327610175_11994938_1282077_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs451.ash1/24850_10150159841770176_329327610175_11994943_7099982_n.jpg
Semasa makan.

Diharap majlis yang seumpama ini atau apa sahaja acara yang dijalankan oleh surau akan mendapat sambutan daripada ahli kariah di masa akan datang.

-Khai@BSP

Sitemap

Loading...

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More